SMI Al-Amin Kemaman naib juara CLICK! Camp 4.0

Pasukan SMI Al-Amin Kemaman yang diberi nama Endeavors Al-Amin membawa pulang biasiswa berjumlah RM75,000 bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Sunway dalam program keusahawanan sosial.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia ini berlangsung pada 23-24 September 2014 di mana enam buah sekolah bertanding di peringkat akhir bagi merebut gelaran juara. Pertandingan ini dijuarai SMK Siburan, Sarawak yang membawa pulang biasiswa RM160,000.

Endeavors Al-Amin melakukan pembentangan

Sekolah-sekolah lain yang layak ke pertandingan akhir ialah SMK Padang Polo (Perak), SMK Kota Masai 2 (Johor), SMK Mahang (Kedah) dan SMK Maran (Pahang). SMI Al-Amin Kemaman merupakan peserta tunggal dari sekolah Islam swasta yang bertanding. Mereka ialah Arif, Danial, Ajrun, Fateh dan Iqmal.

“CLICK! Camp 4.0 – Social Enterpreneurship for Teens” adalah kem keusahawanan sosial yang intensif, mendidik, interaktif dan berimpak tinggi yang dijalankan selama tiga hari dua malam yang membawa bersama-sama para peserta tingkatan 2 hingga tingkatan 4 daripada 30 sekolah menengah terpilih di luar bandar dan separa bandar di seluruh negara.

Sebanyak tiga siri kem telah diadakan iaitu di Pulau Pinang (2-4 Mei), Kuching (23-25 ​​Mei) dan Kuala Terengganu (17-19 Jun) di mana pelajar telah mempelajari banyak perkara mengenai keusahawanan sosial.

Sesi dan aktiviti pembelajaran telah dijalankan oleh para jurulatih profesional yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Pada akhir kem ini, pelajar dikehendaki untuk membangunkan projek-projek untuk menyelesaikan beberapa isu yang paling kritikal dalam komuniti mereka.

Pada peringkat akhir, kumpulan Endeavors Al-Amin telah membentangkan projek mengenai cara untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah dan masyarakat.

Mereka telah mengadakan program bersama anak yatim CAKNA di Kemaman, yang dinamakan “Endeavors English Programme with CAKNA Orphans” yang memberi pendedahan kepada pelajar yang lemah berbahasa Inggeris melalui persembahan di atas pentas secara sukarela.

Program bersama anak yatim CAKNA

Di samping itu, mereka turut membentangkan laporan mengenai perniagaan yang telah mereka jalankan untuk menjana pendapatan bagi menampung kos sepanjang program yang mereka jalankan.

Tahniah kepada pasukan Endeavors Al-Amin! Semoga kejayaan ini menjadi satu permulaan yang baik untuk mereka terus melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dan menjadi motivasi untuk pelajar-pelajar lain meningkatkan prestasi mereka dari segi akademik dan penguasaan Bahasa Inggeris, insyaa-Allah.

 

Sumber:

Foto: http://on.fb.me/1uY7iEh


3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia