Serangan di Jakarta langgar adab kemanusiaan – SEAHUM

JAKARTA – “Peristiwa tersebut jelas merupakan bentuk keganasan yang tidak dibenarkan oleh ajaran agama dan melanggar adab kemanusiaan,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan South East Asia Humanitarian Commitees (SEAHUM) berikutan serangan di Kompleks Perniangaan Sarinah pada Khamis 14 Januari lalu.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merupakan salah satu anggota SEAHUM di mana Pengerusi MyCARE merupakan Timbalan Presiden SEAHUM, sebuah pertubuhan antarabangsa yang menaungi kira-kira 10 NGO kemanusiaan di Asia Tenggara.

Dalam peristiwa tembakan dan pengeboman di kawasan tersebut yang telah menyebabkan tujuh orang terbunuh manakala 24 orang lagi cedera, SEAHUM menyampaikan ucapan takziah terhadap keluarga para mangsa dan masyarakat lainnya yang terlibat.

“SEAHUM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengganas tersebut, sebagaimana juga semua bentuk keganasan di pelbagai belahan dunia lain yang dilakukan oleh kelompok tertentu mahupun negara (state-terrorism).”

SEAHUM turut mengecam mereka yang melakukan provokasi, mengambil kesempatan terhadap aksi keganasan tersebut untuk kepentingan politik, ekonomi, pengalihan isu, dan lain-lainnya di samping menghargai tindakan segera mereka yang terlibat dalam menangani pengganas tersebut.

Tambah SEAHUM, badan itu menyokong kerja keras kerajaan Indonesia dan pihak yang menjaga keamanan untuk mengenalpasti dan menjangka kejadian serupa pada masa hadapan dan menghargai kesatuan masyarakat dalam menyebarkan optimisme dalam menghadapi pengganas Jakarta melalui media sosial.

“SEAHUM mengajak masyarakat untuk menghentikan pembuatan dan penyebaran khabar palsu (hoax) serta isu yang tidak selayaknya berkaitan dengan tragedi ini.”

Kenyataan tersebut turut disokong beberapa pertubuhan daripada Indonesia iaitu Dompet Dhuafa, Rumah Zakat, PKPU, Aksi Cepat Tanggap (ACT), PAHAM Indonesia, Lazis Dewan Da’wah dan Yayasan Dana Sosial al-Falah (YSDF) serta Pertubuhan IKRAM Malaysia, HALUAN Malaysia, MAPIM Malaysia, BAPA Singapura dan Humanitarian Vietnam.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia