Serangan Atas Badan Kehakiman Satu Malapetaka Negara

| IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius serangan atas badan kehakiman dalam kes perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Amat dikesali juga, serangan ini datang daripada pihak yang berkepentingan termasuk ahli politik yang sepatutnya menjaga kedaulatan negara ini dan tidak mencampuri apalagi menceroboh sistem perundangan negara.

Kemuncak kepada serangan ini melibatkan ugutan bunuh atas Ketua Hakim Negara. Ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

IKRAM khuatir tindakan sesetengah pihak mempolitikkan kes perbicaraan dan rayuan kes SRC ini akan menyebabkan imej negara kita tercalar khususnya di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, IKRAM menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan segera bukan sahaja terhadap pihak yang mengugut bunuh Ketua Hakim Negara, tetapi juga terhadap mereka yang sengaja mempertikaikan keputusan mahkamah dan sistem perundangan negara.

IKRAM juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para hakim yang telah dan sedang menjalankan tugas mereka ‘without fear or favour’ bagi memastikan badan kehakiman kekal sebagai benteng utuh negara memelihara keadilan kepada seluruh rakyat di Malaysia.

Semoga sistem kehakiman kita tidak sekali-kali dicabul oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi mahupun ejen perosak negara.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia