Sempitnya Hidup Tanpa al-Quran

Sempitnya Hidup Tanpa al-Quran | IKRAM

Saban tahun umat Islam menyambut hari Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan, mengingati peristiwa agung turunnya kitab yang mulia itu ke dunia.

Sebenarnya, al-Quran bukanlah kitab untuk diingati penurunannya semata-mata, bahkan ia manual lengkap yang memandu manusia ke arah jalan kebenaran dan petunjuk Allah SWT.

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah: 185)

Namun, ada dalam kalangan manusia yang mengabaikan al-Quran melalui firman-Nya:

وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَـٰرَبِّ إِنَّ قَوْمِى ٱتَّخَذُوا۟ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ مَهْجُورًۭا

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.” (Al-Furqaan 25:30)

Allah SWT merakamkan kata-kata Rasulullah SAW yang mengadu kepada-Nya tentang sikap orang-orang kafir dalam kalangan kaumnya yang mengabaikan al-Quran dan berpaling daripadanya.

Persoalannya, apakah maksud sebenar mengabaikan al-Quran? Persoalan yang lebih dibimbangi, adakah kita termasuk dalam golongan mengabaikan al-Quran?

Rangkuman daripada beberapa kitab tafsir, mengabaikan al-Quran bermaksud berpaling daripadanya, mendustakan, meninggalkan dan mengasingkannya, tidak bertadabbur, mengamal dan menyampaikannya.

Dalam Tafsir Ibnu Katsir, beliau turut menjelaskan beberapa bentuk pengabaian terhadap al-Quran iaitu:

1. Tidak mempelajari dan tidak menghafal al-Quran

2. Tidak mengimani dan membenarkan al-Quran.

3. Tidak merenung dan memahami kandungan al-Quran.

4. Tidak mengamalkan, mengikuti perintah atau menjauhi larangan dalam al-Quran.

5. Meninggalkan al-Quran dan lebih memilih selain al-Quran, seperti syair, nyanyian, ucapan sia-sia atau mengambil jalan atau cara yang bertentangan dengan al-Quran.

Daripada beberapa tafsiran ini, kita dapat lihat konteks pengabaian al-Quran yang lebih luas, bukan sahaja melibatkan orang kafir, bahkan dalam kalangan umat Islam sendiri.

Oleh itu, umat Islam perlu refleksi sejauh pengamalan ajaran al-Quran dalam kehidupan mereka.

Sudah menjadi kewajipan kita untuk mengimani dan membenarkan al-Quran, namun sejauh mana kita membaca, mempelajari, menghafal, memahami, mengamalkan dan mengikuti perintah-perintah Allah SWT di dalamnya?

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada peringatan dan petunjuk-Ku (al-Quran), maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Taha 20:124)

Jika diteliti ayat tersebut, ancaman Allah SWT kepada mereka yang mengabaikan al-Quran memberi kesan yang buruk di dunia dan akhirat. 

Kesempitan hidup dalam ayat ini bukanlah kesempitan secara zahirnya sahaja, bahkan sebahagian tafsir memberikan maksudnya yang pelbagai seperti kesulitan, kegelisahan, kesengsaraan, kecelakaan dan seksaan yang ditimpa di dunia dan juga di alam kubur. Naudzubillahi min dzalik.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada termasuk dalam golongan yang mengabaikan al-Quran.

Ramadan adalah bulan al-Quran. Maka, jadikanlah bulan ini bulan untuk kita menghayati al-Quran dengan sebaik-baiknya dengan berusaha membacanya, menghafalnya, memahaminya dan mengamalkannya demi meraih takwa.

Moga usaha-usaha ini dapat kita teruskan sepanjang hayat kita, insya-Allah.

“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.” (Ali Imraan 3:138)

Mohammad Hafizuddin Abdul Mukti
Editor IKRAM
AJK Pertubuhan Ilmuwan Dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia