Seminar Wanita dan Syariah dapat sambutan hangat

Hampir 300 peserta terdiri daripada Wanita JIM dan Wanita IKRAM serta masyarakat, setempat, wakil-wakil NGO antaranya HALUAN, Mubalighah, MAKPEM, SIS, Mawaddah dan Persatuan Ibu Tunggal telah memenuhi seluruh auditorium untuk menyertai seminar ini yang bertemakan ‘Wanita Sejahtera Di Bawah Lindungan Syariah’.

Seminar ini turut dihadiri oleh pimpinan Wanita IKRAM serta beberapa AJK IKRAM Pusat, Nahar Mohd Nor serta pimpinan IKRAM Negeri, Mohd Kamal Mohd Rathi dan Shahrul Aman Shaari dan juga pimpinan IKRAM Daerah.

Ketua Wanita IKRAM Selangor merangkap Pengarah Seminar Prof Madya Dr Roohaida Othman menjelaskan objektif seminar adalah untuk menerangkan salah faham terhadap kedudukan wanita dalam Islam, serta keadilan dan kesejahteraan wanita di bawah payung Syariah.

Seminar setengah hari ini telah dirasmikan oleh Ust Shamsul Maarif Hj Ismail, YDP IKRAM Selangor. Beliau berharap seminar ini akan dapat memperkasa kedudukan wanita Islam di negara ini selaku individu wanita, isteri dan ibu yang memainkan peranan besar dalam membangunkan ummah.

Ucaptama “Wanita, Kau Begitu Istimewa” diteruskan oleh Dr Hafidzah Mustakim, seorang doktor perubatan yang merupakan aktivis IKRAM di Pusat dan Negeri Kelantan memberi semangat dan dorongan kepada semua peserta terutamanya wanita yang diberi banyak keistimewaan dan hak oleh Allah supaya dapat digunakan sebaiknya untuk suami, anak-anak dan masyarakat.

Forum bertajuk “Wanita, Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia” diteruskan dengan dua orang Panel iaitu Prof Madya Pensyarah Dr Zulfakar Ramlee, AJK IKRAM Pusat dan Prof Madya Dr Normi Abd Malek. Kedua-dua panel adalah Pensyarah Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws, IIUM yang juga pasangan suami isteri.

Tahniah diucapkan kepada penganjur yang telah berjaya mengadakan seminar yang telah memberi banyak maklumat, penerangan serta motivasi kepada semua peserta termasuk kaum Adam dalam memberi kefahaman tentang kedudukan istimewa wanita dalam Islam dan bagaimana Islam meletakkan kehormatan dan hak wanita pada tempatnya.

Seminar Wanita dan Syariah dapat sambutan hangat

SHAH ALAM – Wanita IKRAM Selangor dan Wanita JIM Selangor

telah menganjurkan Seminar Wanita dan Syariah di

Auditorium Daeng Chelak di Muzium Sultan Alam Shah di sini

pada Ahad 23 Oktober lalu, mendapat sambutan hangat

daripada para peserta.

Hampir 300 peserta terdiri daripada Wanita JIM dan Wanita

IKRAM serta masyarakat, setempat, wakil-wakil NGO

antaranya HALUAN, Mubalighah, MAKPEM, SIS, Mawaddah dan

Persatuan Ibu Tunggal telah memenuhi seluruh auditorium

untuk menyertai seminar ini yang bertemakan ‘Wanita

Sejahtera Di Bawah Lindungan Syariah’.

Seminar ini turut dihadiri oleh pimpinan Wanita IKRAM

serta beberapa AJK IKRAM Pusat, Nahar Mohd Nor serta

pimpinan IKRAM Negeri, Mohd Kamal Mohd Rathi dan Shahrul

Aman Shaari dan juga pimpinan IKRAM Daerah.

Ketua Wanita IKRAM Selangor merangkap Pengarah Seminar

Prof Madya Dr Roohaida Othman menjelaskan objektif seminar

adalah untuk menerangkan salah faham terhadap kedudukan

wanita dalam Islam, serta keadilan dan kesejahteraan

wanita di bawah payung Syariah.

Seminar setengah hari ini telah dirasmikan oleh Ust

Shamsul Maarif Hj Ismail, YDP IKRAM Selangor. Beliau

berharap seminar ini akan dapat memperkasa kedudukan

wanita Islam di negara ini selaku individu wanita, isteri

dan ibu yang memainkan peranan besar dalam membangunkan

ummah.

Ucaptama “Wanita, Kau Begitu Istimewa” diteruskan oleh Dr

Hafidzah Mustakim, seorang doktor perubatan yang merupakan

aktivis IKRAM di Pusat dan Negeri Kelantan memberi

semangat dan dorongan kepada semua peserta terutamanya

wanita yang diberi banyak keistimewaan dan hak oleh Allah

supaya dapat digunakan sebaiknya untuk suami, anak-anak

dan masyarakat.

Forum bertajuk “Wanita, Undang-Undang dan Hak Asasi

Manusia” diteruskan dengan dua orang Panel iaitu Prof

Madya Pensyarah Dr Zulfakar Ramlee, AJK IKRAM Pusat dan

Prof Madya Dr Normi Abd Malek. Kedua-dua panel adalah

Pensyarah Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws, IIUM yang juga

pasangan suami isteri.

Tahniah diucapkan kepada penganjur yang telah berjaya

mengadakan seminar yang telah memberi banyak maklumat,

penerangan serta motivasi kepada semua peserta termasuk

kaum Adam dalam memberi kefahaman tentang kedudukan

istimewa wanita dalam Islam dan bagaimana Islam meletakkan

kehormatan dan hak wanita pada tempatnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia