Seminar Ibu 2011 Wanita IKRAM penghormatan tinggi buat para ibu

Seminar tersebut dirasmikan oleh Pn Fathiah Abd Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Sosial dan Kebajikan, Masjid Wilayah Persekutuan. Selepas perasmian, Wanita IKRAM mengadakan sidang media sempena seminar tersebut yang menekankan pentingnya para ibubapa diberi kesedaran akan tanggungjawab saling menguruskan dan mendidik anak-anak bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Kenyataan media dibacakan oleh Pn Faridah Maludin, Setiausaha Wanita IKRAM.

Seminar diteruskan dengan perkongsian oleh Dr Hafidzah Mustakim yang bertajuk “Menimba Hikmah daripada ibu-ibu yang terbilang”. Beliau menggariskan ciri-ciri ibu terbilang yang mana asasnya adalah mempunyai pegangan agama yang kukuh yang mampu diamalkan dalam segenap aspek kehidupan. Beliau turut menyorot kisah kehidupan para ibu di Palestin yang tabah menghadapi ujian di mana anak-anak mereka terbunuh oleh serangan pengganas Zionis.

Dr Hafidzah turut mengimbau kisah perjuangan aktivis dan Ahli Palimen Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Almarhumah Yoyoh Yusroh yang sangat aktif dalam pembangunan masyarakat dengan pelbagai jawatan dalam negara dan antarabangsa, tetapi tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menguruskan suami dan 11 orang anaknya.

Seminar ini turut diserikan dengan persembahan nasyid pelajar SRI Al-Amin Gombak yang bertajuk Untukmu Ibu dan Ummi.

Acara kemuncak seminar ini adalah forum yang bertajuk “Ibu, kau inspirasi, syurga di bawah telapak kaki”. Forum ini menampilkan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, bekas Pengerusi Aqsa Syarif, Ir Endok Sempo M Tahir, Presiden WIRDA dan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Timbalan Presiden Wanita IKRAM yang dipengerusikan oleh Pn Anfaal Saari.

Menurut Ustaz Hasanuddin, Islam memandang tinggi kedudukan seorang ibu sehingga Rasulullah s.a.w. pernah memerintahkan sahabatnya yang ingin ke medan jihad supaya menjaga ibunya dan tidak menyertai peperangan. Beliau menyarankan para ibu mencontohi isteri Nabi Ibrahim, Hajar yang menjalankan tanggungjawab mencari air untuk anaknya, Ismail di saat Nabi Ibrahim tiada di sisi kerana menjalankan perintah Allah Taala.

Menurutnya, Hajar sentiasa  melihat keadaan anaknya setiap kali berulang-alik dari Sofa ke Marwa untuk mencari air. Tambahnya, tugas menjaga dan mendidik anak-anak  mesti diutamakan meskipun para ibu bekerja mencari rezeki untuk mereka, di saat bapa kurang berperanan memimpin rumahtangga. Beliau turut menyarankan supaya para isteri agar berusaha dan berdoa supaya suami kembali mendapat hidayah dan menjalankan tanggungawab mereka.

Datin Paduka Che Asmah pula menekankan supaya para ibu tidak lupa tanggunggungjawab asas iaitu mengurus rumahtangga meskipun sudah bekerja. Menurutnya, para ibu tidak dilarang untuk bekerja asalkan memenuhi tiga syarat iaitu kerja tersebut mestiah halal, berupaya menunaikan tanggungjawab asas dalam keluarga dan menjaga pergaulan semasa bekerja mengikut batas-batas syariat.

Ir Endok Sempo pula menyorot pengalaman beliau dalam pertubuhan WIRDA yang membela nasib para wanita yang teraniaya. Menurutnya, kebanyakan kes tergugatnya kerukunan rumahtangga berpunca daripada kurangnya peranan suami dalam memimpin rumahtangga. Ada juga para suami tidak dapat mengawal emosi mereka dengan mengugut dan memukul isteri meskipun dengan isu-isu yang kecil dalam rumahtangga.

Beliau turut menyarankan para isteri yang teraniaya supaya melaporkan kepada One Stop Crisis Centre (OSCC) di semua hospital berdekatan jika mereka dianiayai suami. Isteri perlu mengetahui haknya dan tidak mendiamkan diri apabila dipukul atau diugut suami.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia