Selangor Beriktikaf pada Sabtu ini

“Insya-Allah, beberapa program seperti tilawah dan tadabbur al-Quran, tazkirah, berbuka puasa, qiamullail dan sahur akan diaturkan untuk semua,” kata Yang Dipertua IKRAM Selangor, Haji Norazmi Mat Noh.

Tambahnya, program anjuran IKRAM Selangor melalui kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ini akan bermula pada jam 11.00 pagi Sabtu (9 Jun 2018) hingga 10.00 pagi Ahad (10 Jun 2018).

Sebanyak 12 buah masjid telah dikenal pasti sebagai tempat program yang akan berlangsung serentak di seluruh Selangor.

Masjid-masjid tersebut ialah Masjid Bukit Indah (Ampang), Masjid Al-Hasanah (Bandar Baru Bangi), Masjid Al-Amaniah (Batu Caves), Masjid At-Taufiqiah (Felda Soeharto, Hulu Selangor), Masjid Jamek Bandar Kajang dan Masjid As-Sa’adah (Bandar Sultan Sulaiman, Port Klang).

Turut menjadi lokasi Selangor Beriktikaf ialah Masjid At-Taqwa (Banting), Masjid Ar-Ridhuan (Jeram), Masjid Dato’ Haji Kamaruddin (Petaling Jaya), Masjid Nuruddiniah (Sungai Hj Dorani, Sungai Besar), Masjid Jamek Sultan Hisamuddin (Bandar Baru Salak Tinggi) dan Masjid Fastabiqul Khairat (Batu Tiga, Shah Alam).

“Jemput hadir beramai-ramai bagi merebut peluang beribadah dalam program Selangor Beriktikaf ini.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia