Sesi persekolahan baharu 2022/2023 bermula hari ini

SERI KEMBANGAN – Sesi persekolahan 2022/2023 bermula pada hari ini dengan majoriti sekolah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) ketat kepada ibu bapa dan murid.

 

Antaranya ialah penjarakan fizikal dan penggunaan cecair pensanitasi untuk membersihkan tangan sebelum memasuki kelas bagi mengekang penularan Covid-19.

 

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin melakukan tinjauan pengoperasian hari pertama di Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya, Ipoh bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

 

Radzi turut beramah mesra bersama murid di sekolah itu yang bersemangat mengikuti sesi persekolahan secara bersemuka dengan berpakaian serba baharu.

 

Seterusnya, beliau melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan Syed Idrus, Kampung Kuang Hilir, Chemor, Ipoh.

 

Exco Pendidikan dan Teknologi Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin memaklumkan, seramai 149,378 murid sekolah rendah dan menengah melibatkan 315 sekolah memulakan sesi persekolahan pada Isnin.

 

“Daripada jumlah itu seramai 84,619 orang adalah murid sekolah rendah manakala 64,759 lagi merupakan pelajar sekolah menengah.”

 

Beliau berkata, sebanyak 238 sekolah rendah dan 77 sekolah menengah di Melaka memulakan sesi persekolahan dan sekolah yang mempunyai lebih 600 murid akan melaksanakan sistem penggiliran kehadiran murid ke sekolah.

 

“Sistem penggiliran ini akan melibatkan murid Tahun Tiga, Empat dan Lima bagi memastikan SOP dilaksanakan secara berkesan.”

 

Tindakan kerajaan mengumumkan pembukaan semula sekolah bagi mereka yang tertangguh sebelum ini satu tindakan wajar, bahkan negara kita juga sedang beralih ke fasa endemik.

 

“Seramai 21,287 murid Tahun Satu dan 21,196 pelajar Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan pada Isnin,” ujar Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Terengganu, Satiful Bahri Mamat.

 

Menurutnya, semua sekolah yang terjejas banjir pada akhir bulan lalu juga sudah dibersihkan dan beroperasi seperti biasa.

 

“64 sekolah rendah mencatatkan kehadiran penuh pada Isnin dengan hanya 10 sekolah melakukan sesi persekolahan penggiliran berikutan bilangan murid melebihi 600 orang,” kata Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman.

 

Dalam pada itu, di Negeri Sembilan, sesi persekolahan melibatkan 190,602 pelajar merangkumi 106,139 murid sekolah rendah dan 84,463 pelajar sekolah menengah membabitkan enam Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) termasuk Seremban, Rembau dan Tampin.

 

Manakala di Pahang, seramai 255,251 pelajar sekolah rendah dan menengah kembali ke sekolah pada Isnin merangkumi 150,607 murid sekolah rendah termasuk 23,036 murid Tahun Satu, manakala bakinya pelajar sekolah menengah.

 

Secara keseluruhannya, terdapat 542 sekolah rendah dan 198 sekolah menengah di Pahang.

 

Di Kota Kinabalu, Sabah, Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Dr Mistirine Radin berkata, seramai 505,439 pelajar memulakan sesi persekolahan pada Isnin membabitkan 1,071 sekolah rendah dan 221 sekolah menengah di seluruh Sabah.

 

“Jumlah itu merangkumi 313,697 murid sekolah rendah dan 191,742 pelajar sekolah menengah, selain 22,950 pelajar turut memulakan sesi persekolahan di 477 sekolah swasta di seluruh Sabah.”

 

Kredit foto: SK Putrajaya Presint 8(1)

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia