HCF mengajak semua untuk turut bersama menyokong usaha ini dalam menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf melalui kempen Sedekah Ramadan.
Antara inisiatif-inisiatif HCF adalah seperti melatih pendakwah, membetulkan salah tanggap terhadap Islam, menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat majmuk serta memberikan sokongan kepada saudara baru.
Bagi mereka yang ingin menyalurkan sedekah anda, sila klik pautan www.dahsedekah.com atau melalui perbankan Internet menggunakan akaun berikut:
Maybank :5622 0962 4421 [The Trustees of Hidayah Centre Foundation]
Bank Islam : 1211 3010 0494 33 [Hidayah Centre Foundation]
Bank Rakyat : 1104 6100 0356 [Hidayah Centre Foundation]
Seterusnya, sertakan resit sumbangan berserta nama dan e-mel kepada https://wa.me/60134668794 (Azrul) atau sedekahramadan@hcf.org.my.
Semoga segala sumbangan anda kekal hingga ke akhirat sepertimana sabda Rasulullah SAW, “Naungan orang beriman pada hari kiamat adalah sedekahnya.” (HR Ahmad)
Segala usaha dakwah ini juga telah mendapat kerjasama oleh ribuan sukarelawan yang bersama menjayakan misi dan visi HCF dengan 50 pusat operasi di seluruh Malaysia dan 60 pendakwah sepenuh masa.
Dalam perkembangan berkaitan, Hidayah Centre Foundation turut mengadakan beberapa rancangan khas sepanjang Ramadan di halaman Facebooknya seperti 1 Hari 1 Juz bersama Ustaz Abdullah Bukhari, Drama Khas ‘Ramadan Pertama’ di IKIMfm, Diari Ramadan, 35 Fun Fact about Ramadan & Fasting dan lain-lain.