SBKK 2023: Membangun Keluarga Harmoni Dalam Malaysia Madani

SBKK 2023: Membangun Keluarga Harmoni Dalam Malaysia Madani

SERI KEMBANGAN – Secara rasminya, Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 (SBKK) telah dilancarkan pada Ahad, 5 November yang akan berlangsung dalam tempoh sebulan ini iaitu sehingga 30 November.

“Membangun Keluarga Harmoni Dalam Malaysia Madani” merupakan tema yang diangkat pada tahun ini dan merupakan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan sokongan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 

Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin menekankan bahawa IKRAM sentiasa komited dan sentiasa mengambil berat terhadap hal-hal berkaitan keutuhan keluarga.

“Melalui Kumpulan Fokus Institusi Keluarga Utuh di bawah Kluster Masyarakat Progresif, IKRAM sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan keharmonian keluarga di Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang”, ujar beliau.

Ketua Pengarah LPPKN, Haji Abdul Shukur Abdullah dalam ucapan perasmiannya menyatakan, acara-acara dan aktiviti yang diaturkan sepanjang sebulan sambutan ini memberi peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam program yang menambah nilai, memahami keperluan dan aspirasi setiap ahli keluarga dan merancang masa depan yang lebih baik. 

“Saya ingin menekankan bahawa keluarga merupakan tempat yang paling selamat dan sesuai untuk melindungi hak dan kebajikan setiap individu.” 

Menurutnya, menjadi tanggung jawab setiap individu sebagai ahli keluarga, komuniti dan negara untuk memastikan bahawa keluarga masing-masing dan sekitar mendapat sokongan dan bimbingan yang diperlukan. 

Menariknya pada sambutan kali ini, tiga buku khusus dilancarkan yang membincangkan isu-isu kekeluargaan masa kini. 

Buku berjudul ‘Pikat-memikat Suami Isteri’ dan ‘Tip Melayan Mentua’ ditulis oleh Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pak Utih. Manakala peluncuran buku ketiga bertajuk ‘Keluarga di Malaysia Mendepani Cabaran Modernisasi’ merupakan  terbitan bersama IKRAM dan Universiti Malaysia Sabah.

Sambutan Bulan Keluarga tahun ini juga akan dihiasi dengan seminar dan karnival keluarga.  

Seminar Nafkah Keluarga akan dilangsungkan pada Sabru, 11 November bertempat di Ibu Pejabat IKRAM yang akan dipancarkan secara maya, anjuran bersama IKRAM dan Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN).

Seminar ini turut mendapat kerjasama LPPKN, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA).   

Seperti tahun-tahun sebelum ini, program kemuncak SBKK 2023 ialah Karnival Keluarga Utuh Madani 2023 yang akan diadakan di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2,  Kuala Lumpur pada Ahad, 19 November 2023. 

IKRAM menjemput seluruh ahli masyarakat daripada semua bangsa dan agama untuk bersama-sama meraikan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan terutamanya dalam kedua-dua program besar yang bakal diadakan pada minggu-minggu mendatang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia