#SaySomethingNice: Perpaduan, Benang Tenun Bersama

#SaySomethingNice: Perpaduan, Benang Tenun Bersama | IKRAM

“Perpaduan adalah benang yang kita tenun bersama,” kata Anas Zubedy hari ini dalam Majlis Pelancaran #SaySomethingNice, kempen yang dijalankan oleh syarikat beliau, Zubedy Sdn Bhd sejak 2011.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, bertempat di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya.

Malaysia sebuah negara pelbagai agama, bangsa, kebudayaan, paras rupa merupakan sesuatu yang cukup unik. Namun, keunikan yang ada ini jika tidak dipelihara dengan adab susila pergaulan dan perhubungan dengan kepelbagaian yang ada, maka ia akan menimbulkan cabaran yang besar.

Unity is a beauty and a test,” ujar Anas.

“Ketika saya ingin mempromosikan sambutan Hari Malaysia sejak 1996, saya juga menghadapi cabaran, ada yang mengatakan bahawa sambutan ini akan mengelirukan sambutan bulan Kebangsaan, ada yang melihat sambutan ini persaingan, namun kita boleh melihatnya sebagai saling melengkapkan,” ujar beliau. 

Oleh sebab itu, Kempen #SaySomethingNice ini berlangsung selama 17 hari setiap tahun bermula 31 Ogos hingga 16 September, selari dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. 

Pertubuhan IKRAM Malaysia yang diketuai oleh Presiden, Hj Badlishah Sham Baharin turut hadir dalam majlis pelancaran #SaySomethingNice ini sebagai rakan kerjasama untuk mempromosi dan mendidik masyarakat berkaitan perpaduan di Malaysia. 

IKRAM bersama dalam kempen ini kerana ia selari dengan saranan al-Quran dalam Surah Ibrahim ayat 24 yang bermaksud:

“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.”

Pokok yang baik akan menghasilkan buah yang baik dan akan memberikan manfaat kepada orang lain. Ini selari dengan IKRAM yang sentiasa ingin membina dan memberi manfaat kepada masyarakat.

“IKRAM menyambut baik usaha yang dijalankan oleh Anas dan bersedia untuk bekerjasama pada masa akan datang,” kata Hj Badlishah Sham.  

“IKRAM juga setiap tahun sejak 2021 melaksanakan kempen Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) dan sekarang ini juga sedang berlangsung di seluruh negara. Kita akan pastikan kerjasama lebih baik akan berlaku pada masa akan datang,” ujar Dr Sabariah Baharun, Pengarah SBK 2023.

“Kemuncak sambutan ini adalah Program Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) yang akan diadakan di pekarangan IDCC, Shah Alam pada 16 September 2023, 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Masyarakat sekitar dijemput hadir,” tambah beliau.

“Perpaduan aset penting negara. Mendidik anak muda cinta tanah air, merai kepelbagaian kaum adalah sesuatu yang sangat penting dan kritikal. Kita perlu pastikan perpaduan dalam negara kita kekal utuh,” kata Dato’ Sri Fadillah dalam ucapan perasmiannya.

Kempen #SaySomethingNice mungkin nampak ‘simple’, namun ia boleh menghasilkan impak yang besar jika kita rakyat Malaysia bersama-sama menyambut usaha ini daripada pelbagai pihak iaitu individu, ahli keluarga, masyarakat setempat, media arus perdana, institusi dan juga NGO seperti Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Ayuh kita jadikan Malaysia ini sebagai tempat yang baik, selamat dan rahmah untuk didiami.

Siti Hamisah Manan
Ketua Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia