Sayangi Malaysiaku Sihat disambut meriah

Program dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kelompok Kemunting, Keramat Wangsa turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti.

“Antara objektif program ini ialah memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada penduduk kelumpuk Kemunting dan sekitar Keramat Wangsa dan Setiawangsa,” ujar Setiausaha program.

Selain itu, ia bagi mewujudkan kesedaran kepada penduduk mengenai penyakit-penyakit serta pengamalan gaya hidup sihat.

“Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti pemeriksaan kesihatan percuma daripada IKRAM Health, pemeriksaan mata secara percuma oleh Maz Optometrist dan rawatan percuma terapi Ceragem.”

Beliau berkata, seramai 90 orang penduduk hadir bagi memeriahkan program tersebut.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang bekerjasama dan menjayakan program ini.”

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh telah hadir merasmikan program tersebut seterusnya mengambil peluang beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Kunjungan Ketua Wanita itu turut diriingi Penolong Setiausaha Wanita IKRAM, Pn Nurhakimah Mohamud.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia