Sasterawan Negara, selebriti meriahkan Sayembara Deklamasi Puisi Palestin

Sayembara anjuran Unit Seni Jawatankuasa Media Wanita IKRAM dengan kerjasama Rose2Rose (agensi kemanusiaan wanita di bawah MyCARE) dan IKRAM Siswa telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Cempaka, National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH) di sini. 

“Sayembara Deklamasi Puisi Palestin ini adalah kesinambungan daripada Sayembara Puisi Whatsapp 2014, penerbitan buku 99 Puisi Untuk Palestin dan pelancaran buku tersebut dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015,” demikian ujar Pengarahnya, Atriza Umar.

Menurutnya, ramai yang maklum akan nasib rakyat Palestin yang masih dibelenggu penjajahan sejak tahun 1948.

“Ketika negara kita sudah berjaya mengecap nikmat kemerdekaan lebih setengah abad, Palestin terus menderita di bawah penjajahan Zionis Israel yang rakus merampas tanah dan mengaut hasil mahsul bumi barakah Palestin,” ujar Pengarah bersama sayembara ini, Puan Atiqah Muhammad Khuzaini.

Saban hari pasti sahaja ada rumah rakyat Palestin dirobohkan, kebun dimusnahkan, atau pemuda-pemudinya ditangkap dan dipenjarakan tanpa bicara, jelasnya lagi.

“Tidak kurang juga ada yang terkorban di muncung senapang tentera rejim Zionis Israel. Wanita Palestin merupakan golongan yang paling teruk terkesan apabila terpaksa menyaksikan semua ini menimpa anak dan suami di hadapan mata mereka sendiri.”

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Unit Seni Media Wanita berkata, penderitaan rakyat Palestin wajar mendapat pembelaan kita semua.

“Siapa lagi yang layak untuk membela mereka melainkan kita semua yang sudah merasai nikmat kemerdekaan. Tidak sewajarnya kita sekadar berpuas hati dengan kemerdekaan negara kita sendiri walhal kita dapat menyaksikan dengan jelas kesengsaraan saudara kita di Palestin yang masih dibelenggu penjajahan.”

Tambah Atiqah pula, bak kata Nelson Mandela, Bapa Kemerdekaan Afrika Selatan “…kemerdekaan kita tidak lengkap tanpa kemerdekaan Palestin!”

“Bagi mengisi dan menghargai kemerdekaan yang dikecapi, juga bagi menyebarkan kesedaran tentang penderitaan rakyat Palestin dan kepentingan untuk kita berjuang bersama-sama mereka menuntut kemerdekaan, Wanita IKRAM, Rose2Rose dan IKRAM Siswa bergabung tenaga menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Palestin pada hari ini.”

“Selain sayembara puisi, program hari ini juga menyaksikan pelancaran buku Bangkit Gaza. Ini merupakan buku kedua karya penulis-penulis Rose2Rose selepas buku Tempur Gaza pada tahun 2015. Hadir merasmikan pelancaran buku ini adalah Dr. Hjh Fauziah Mohd Hassan, Penasihat Rose2Rose merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat Wanita IKRAM,” ujar Atiqah.

Beliau turut memaklumkan akan penyertaan Dr. Fauziah dalam satu misi antarabangsa iaitu ‘Women’s Boat to Gaza’ yang akan berlepas pada 14 September nanti dari Barcelona.

“Misi ini merupakan inisiatif berterusan warga antarabangsa membantah dan meruntuhkan kepungan ke atas Gaza oleh rejim Zionis Israel. Wanita IKRAM dan seluruh wanita di Malaysia boleh berbangga atas pemilihan Dr. Fauziah ini. Sesungguhnya ini adalah pengiktirafan ke atas sumbangan wanita Malaysia kepada wanita di Palestin,” ujar Atriza pula.

Harapan beliau, semoga program hari ini mencapai objektifnya dan berjaya menyemarakkan lagi kegiatan dakwah melalui sastera.

Sayembara tersebut adalah merupakan acara kemuncak peringkat nasional selepas beberapa siri sayembara yang diadakan di peringkat negeri sejak bulan Mei yang mana para peserta yang bertanding pada hari ini adalah yang dipilih daripada kalangan yang terbaik untuk mewakili negeri masing-masing.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia