Nurul Fadzlin mengatasi empat finalis lain dan menang dalam pengundian akhir antara beliau dan Dr Michael Ling King Hwa dari Universiti Putra Malaysia (UPM) di samping meraih hadiah bernilai RM5,000. Tiga finalis lain ialah Prof Dr Wong Hin Yong (MMU), saintis PERINTIS Dr Afnizanfaizal Abdullah (UTM) dan Dr Cheah Pike See (UPM).
Dalam rancangan realiti interaktif ini, pelajar sekolah dikehendaki bertanya dan berbual secara online dengan para saintis finalis dan memberikan undi untuk memilih saintis pilihan mereka dalam laman web rasmi pertandingan, http://utarid.ias.sciencebuzz.my/ bermula 21 Oktober hingga 1 November 2013.
Program realiti ini diadaptasi daripada rancangan I’m a Scientist, Get me Out of Here dari United Kingdom (UK) yang telah berjalan lebih daripada empat tahun, bertujuan memupuk minat pelajar terhadap Sains.
Foto: Nurul Fadzlin (paling kanan) semasa SIIF 2012 di Seoul
Dr Nurul Fadzlin merupakan Penolong Profesor di Fakulti Kejuruteraan UIAM dan pernah meraih pingat perak dalam pertandingan ciptaan antarabangsa ‘Seoul International Invention Fair’ (SIIF) 2012 pada 28 Nov hingga 2 Disember pada tahun lalu, dengan ciptaan produk ‘kebuk radiasi umum’ untuk menapis dan mengkaji punca radiasi.
Tahniah Dr Nurul Fadzlin dan PERINTIS! Semoga menjadi inspirasi dan perintis kepada pelajar untuk menjadi saintis Muslim yang bermanfaat untuk masyarakat, insya-Allah.
Sumber:
1. Congratulations Scientists!
2. Profil Nurul Fadzlin Hasbullah
3. Tiga penyelidik UIAM terima anugerah SIIF 2012
5. FB PERINTIS