Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Wanita IKRAM Sabah dengan kerjasama Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, SALIMAH Sabah, Hidayah Centre Sabah dan Tadika Tunas Iman. Road to Happy Family ini telah berlangsung di Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu dengan penyertaan seramai 100 orang peserta dari pelbagai latarbelakang.
Diharapkan program ini dapat memberi kefahaman tentang peri pentingnya komunikasi yang efektif dalam keluarga bagi mewujudkan suasana yang sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga Muslim.