RM1.4 juta disalur bantu pelihara, imarah Masjid al-Aqsa

Menurut Pengerusinya, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, bantuan ini merupakan penerusan kepada projek-projek sedia ada MyCARE di Baitul Maqdis dengan kerjasama Mirasimiz di mana situasi yang semakin meruncing di sana menuntut Aqsa Syarif untuk memberikan perhatian yang lebih besar ke atas Masjid al-Aqsa. 

Replika cek sumbangan telah diserahkan kepada Pengerusi Mirasımız Derneği, Mr Mohammed Demarji di KLIA selepas menandatangani memorandum persetujuan dengan MyCARE dalam lawatannya ke ibu pejabat MyCARE pada Jumaat lalu. 

Mirasımız Derneği atau Asscociation of Protection and Sustenance of Ottoman Heritage in Al-Quds and Vicinity telah menjalankan pelbagai projek di Baitul Maqdis daripada membawa rakyat Palestin ke Masjid al-Aqsa dengan bas hinggalah menaja halaqah-halaqah Quran di Masjid al-Aqsa di mana sumbangan iftar dan sahur anjuran MyCARE di masjid suci itu sebelum ini turut diuruskan oleh Mirasımız.

“Mutakhir ini, penduduk Palestin di Baitul Maqdis dan wilayah-wilayah Tebing Barat dikenakan tekanan demi tekanan oleh rejim Zionis Israel berikutan kebangkitan Intifada Palestin ke-3.

“Sekatan-sekatan yang dikenakan telah menyebabkan ramai rakyat Palestin kehilangan sumber pendapatan dan aktiviti di Masjid al-Aqsa banyak yang tergendala,” jelas beliau dalam satu kenyataan media.

Justeru itu, bagi meringankan beban penduduk Baitul Maqdis yang sedang berjuang untuk membela dan melindungi Masjid al-Aqsa daripada ancaman Zionis Israel ini, MyCARE melalui Aqsa Syarif dan Rose2Rose (R2R) akan menyusun bantuan-bantuan khusus sepanjang tahun 2016 seperti butiran berikut:

  • Bantuan dana aktiviti dan penajaan perkhidmatan 10 orang guru di Masjid al-Aqsa selama setahun bernilai RM378,000 (USD90,000)
  • Bantuan dana projek mikrokredit khusus untuk wanita-wanita al-Aqsa melalui Pusat Komuniti Wanita di sana bernilai RM31,500 (USD7,500)
  • Bantuan dana untuk kelengkapan dan projek-projek media al-Aqsa yang akan dilaksanakan oleh 30 orang pelajar wanita bernilai RM281,400 (USD67,000)
  • Bantuan pek makanan bulanan untuk 50 keluarga selama setahun bernilai RM151,200 (USD36,000)
  • Bantuan untuk 50 keluarga miskin dari kalangan guru-guru al-Aqsa selama setahun bernilai RM567,000 (USD135,000)

Tambah beliau, MyCARE menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membela dan melindungi Masjid al-Aqsa daripada ancaman Zionis Israel.

“Hak umat Islam ke atas Masjid al-Aqsa diiktiraf oleh UNESCO dan PBB, dan ia perlu dipertahankan demi keharmonian dan keamanan Baitul Maqdis dan Palestin keseluruhannya,” kata Dr Hafidzi.

MyCARE turut berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat terus menyumbangkan ke Palestin melalui Aqsa Syarif dan Rose2Rose (R2R) agar dapat sama-sama membantu mereka yang memerlukan atas semangat kemanusiaan sejagat.

“Semoga Allah s.w.t menerima amal kita dan semoga keamanan akan kembali di bumi Palestin agar kita dapat sama-sama solat berjemaah di Masjid al-Aqsa yang bebas dan merdeka,” doanya.

Sumber: MyCARE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia