RM1.4 juta disalur bantu pelihara, imarah Masjid al-Aqsa
SERI KEMBANGAN- Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melalui dua agensinya, Aqsa Syarif dan Rose2Rose (R2R) telah memeterai perjanjian bernilai RM1.4 juta dengan sebuah NGO Turki, Mirasımız Derneği untuk melaksanakan projek pemeliharaan dan pengimarahan Masjid al-Aqsa sepanjang tahun 2016.