Rezeki dan ketenangan

“Akhir-akhir ni …aku rasa hidup ku ini agak kosong. Tak tahu kenapa. Rumah aku besar. Kereta aku canggih. Pendapatan aku banyak… perniagaan aku semuanya menjadi… tapi aku rasa macam ada yang tak kena,” Ali meluahkan perasaannya.

Ahmad memerhatikan MPV VellFire yang baru dibeli kepunyaan Ali. Ahmad memang dah lama mengenali Ali. Lama dah Ahmad ingin menasihati rakan karibnya itu, tapi tak kesampaian kerana Ali macam sibuk tak menentu.

“MPV tu baru beli ke?” Ahmad memecahkan kesunyian.

“Minggu lepas aku baru beli,” Ali menjawab selamba.

Ali merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Dia mempunyai 10 cawangan gedung membeli belah. Tapi Ali tidak berapa jaga kewajipannya dengan Allah SWT. Ahmad pula seorang guru biasa di salah satu sekolah di Alor Setar. Ahmad memang terlibat dengan NGO Islam dan sering juga mengajak Ali untuk ikut bersama. Tapi Ali terlalu sibuk.

“Ali… VellFire ni kena servis selalu kan?”

“Ya, mestilah. Untuk pastikan keadaanya tip-top, kena servis ikut jadual,” jelas Ali.

“Berapa kerap ya?”

“Setiap 10,000, 20,000, 30,000 kilometer dan seterusnya. Setiap 40,000 kilometer pula kena servis major. Masa tu memang mahal lah,” Ali menjelaskan dengan penuh semangat, tapi agak sikit kehairanan dengan persoalan rakannya itu.

“Siapa yang tetapkan jadual berikut?”

“Pihak TOYOTA lah… kenapa Ahmad?”

“Yang membuat kereta tu yang tahu dan menetapkan jadualnya kan? Kalau tak ikut, buruk padahnya kan?” Ahmad bertanya yang membuatkan Ali lagi tak faham. Tiba-tiba rakannya ini minat dengan kereta barunya.

“Taklah immediate… dalam jangka masa panjang bahaya lah. Kenapa Ahmad?”

“Kehidupan kita pun begitulah Ali. Allah yang menciptakan kita. Allah yang menyediakan SOP agar hidup kita terkawal,” Ahmad memulakan bicara. Ali masih terpinga-pinga.

“Boleh jelaskan sikit Ahmad,” Ali ingin tahu dengan lebih jelas lagi apa maksud ungkapan Ahmad tu.

“Allah dah susun molek hidup kita. Sebelum subuh digalakkan kita solat tahajud. Kemudian kita ke masjid untuk solat subuh. Nanti ada waktu zuhur, asar, maghrib dan isyak… Allah susun hidup kita agar kita sentiasa dalam keadaan ingat pada Allah.”

“Eh… aku tak pernah tinggal solat waktu Ahmad. Cuma agak sibuk sikit. Kadang-kadang solat hujung waktu… tapi tak pernah miss.”

“Macam servis kereta juga …. kita kena kawal masa kita dan berusaha sedaya upaya memberi tumpuan untuk bersolat di awal waktu. Kan Allah tu yang memberi kita rezeki.”

“Betul….” tapi nadanya kurang meyakinkan.

“Bila kita berniaga, kita berniaga bersungguh-sungguh. Kita jaga SOP perniagaan, kita jaga customer, kita jaga kewangan kita dengan baik. Dalam ibadah pun patut begitulah. Kita kawal waktu kita, kita rasa sungguh rezeki ini daripada Allah SWT.”

“Maka kita tunjukkan syukur kita dengan beribadah bersungguh-sungguh. Barulah hidup nanti akan tenang. Walau apa pun yang terjadi, kita akan sentiasa tenang. Engkau nak dengar ayat Quran berkenaan rezeki dan patuh pada perintah Allah?”

“Boleh …silakan,” bibit keinsafan sudah mula ternampak di wajah Ali.

“Allah berfirman yang bermaksud: ‘Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).’  (Surah at-Thalaq: 2-3).”

“Ibnu Kathir berkata maksudnya: Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dalam seluruh perintah-Nya dan menjauhi seluruh larangan-Nya, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, iaitu dari arah yang tidak pernah terlintas dalam hatinya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 14/31).”

“Jika kita leka dengan suruhan Allah… harta kekayaan yang kita perolehi mungkin banyak tapi tak berkat, hidup kita akan rasa tidak tenteram. Orang yang bertakwa akan dikurniakan rezeki anak yang baik-baik, rezeki masa lapang yang dapat dimanafaatkan, rezeki ketenangan hati dan seumpamanya.”

Mata Ali mula berkaca-kaca. Dia cuba menahan sebak. Betul apa yang dikatakan oleh Ahmad. Tiba-tiba Ali bersuara.

“Ahmad… boleh tak aku join kamu dalam aktiviti NGO Islam kamu? Aku banyak nak belajar ni. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk aku.”

Ahmad tersenyum riang. Dia teringatkan hadis nabi yang bermaksud:

“Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).” (HR Bukhari)

Itulah yang membuat Ahmad cekal melakukan kerja-kerja dakwahnya kerana mengingatkan ganjaran yang besar yang Allah janjikan pada hamba-Nya.

Dr Hishamuddin Alham

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia