Turut menyertai bersama 7 orang belia, cuaca pagi yang nyaman dan redup memudahkan para pendaki untuk menawan puncak Jugra. Keindahan alam ciptaan Allah dinikmati dalam suasana ceria dan mesra.
Alhamdulillah, ia amat bermakna dan luas kehidupan ini dapat bersama sahabat dan anak-anak demi iman dan Islam.
Kehadiran di puncak Jugra disyukuri dengan aktiviti solat dhuha dan tazkirah oleh Ahmad Zahin Zulkipli remaja lelaki manakala untuk remaja perempuan disampaikan oleh Ukhti Syafikah. Kegembiraan dan kepuasan dalam pendakian jelas ditunjukkan oleh wajah-wajah ceria ketika bersalaman.
IKRAMTeens Kuala Langat turut mengadakan halaqah mingguan remaja di samping mengadakan program Ini Sejarah Kita (ISK) pada hujung bulan ini dan menggalakkan ahlinya menyertai Himpunan 1000 jiwa 1 Hati yang akan berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam pada 31 Disember nanti.
Semoga aktiviti outdoor sebegini dapat mencergaskan remaja untuk terus istiqamah dalam aktiviti tarbiah yang dijalankan untuk mereka, insya-Allah.