Saudara Abdul Malek Alias selaku pengerusi majlis memulakan ucapan pembukaan sekitar jam 9.30 pagi dan diteruskan dengan ucapan Saudara Abdul Halim Yusoff selaku Setiausaha IKRAM Negeri Sembilan.
Pelbagai juadah ‘pot luck’ telah dibawa peserta bagi memeriahkan lagi acara ini.
Di samping menjamu selera, kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh peserta yang hadir untuk mengenali antara satu sama lain.
Pihak urusetia menyediakan aktiviti dan pertandingan terutama untuk anak-anak antaranya menahan nafas dalam air, meniup belon, mencari harta karun dan sebagainya.
Sementara itu para ibu dan remaja wanita pula mengadakan sesi kuiz dan soal jawab bagi memenuhi masa lapang dan pelbagai hadiah telah disediakan oleh penganjur kepada peserta yang berjaya.
Walaupun program separuh hari ini santai dan ringkas, namun ikatan ukhuwah yang berjaya dipupuk dan dibina amat berharga.
“Semoga dengan ikatan ini, amal dakwah di negeri adat pepatih ini akan bertambah laju dan proaktif,” demikian harapan ahli yang menyertai.
Program rehlah tersebut berakhir pada jam 12.30 tengah hari.