Reformasi bermula dari diri belia sendiri

yang disambut pada pada 15 Mei lalu.

“Segalanya wajar dimulakan daripada diri belia itu sendiri, seterusnya masyarakat, sektor swasta juga kerajaan,” katanya pada sesi bersama media di Hotel Singgahsana di sini.

Beliau turut mendedahkan bilangan belia yang layak mengundi seramai 7.9 juta orang, namun yang telah berdaftar hanya seramai 4.17 juta. Angka tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Dapat disimpulkan bahawa setengah daripada golongan tersebut tidak mengambil endah dan enggan terlibat dalam proses demokrasi, bermakna kerajaan yang dipilih bukanlah mendapat mandat sebenar rakyat kerana majoriti khususnya belia tidak melibatkan diri,” jelas beliau lagi.

Pelbagai kemelut melanda golongan belia kini hingga menggambarkan mereka seolah-olah golongan yang tidak bersedia memimpin dan menerajui negara pada masa hadapan.

“Kita dapat lihat kesannya melalui gejala pembuangan bayi, kelahiran anak yang tidak sah taraf yang menjangkau ratusan ribu selain gejala dadah dan jenayah yang sebilangan besarnya melibatkan golongan belia,” ujarnya.

Mengakhiri sesi tersebut, Norazmi menyeru agar:

1. Belia bangkit melakukan perubahan diri, mendekatkan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan, bersegera mendalami ilmu-ilmu yang bermanfaat, mempunyai tasawur Islam yang jelas, beriltizam dengan amal kebajikan seterusnya terlibat bersama masyarakat memberikan khidmat yang terbaik kepada mereka.

2. Masyarakat dan institusinya memberikan ruang dan kepercayaan kepada belia untuk terlibat sama dalam kepimpinan serta aktiviti yang positif dan perlu bersifat mesra kepada golongan muda belia dan remaja.

3. Sektor swasta lebih komited dengan isu pembangunan jati diri belia dan tidak menggadaikan masa depan negara dengan mengeksploitasi golongan muda dengan budaya yang menggalakkan perzinaan, perjudian dan yang merosakkan yang mana ia bukan daripada ajaran Islam atau mana-mana agama lain.

4. Kerajaan memberikan pengupayaan kepada belia dengan menerapkan nilai yang sihat dalam ekonomi. Antara isu utama dalam ekonomi Malaysia adalah monopoli syarikat gergasi.

5. Kerajaan menerusi institusi-institusi yang ada mengawal hiburan yang melampau yang berunsur tahyul, lucah dan antiagama hingga menghakis nilai dan jati diri belia agar belia hari ini dapat diupayakan sebagai pemimpin masa depan dan membawa perubahan kepada negara ke arah yang lebih gemilang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia