Rayuan Ramadhan Ikram 1433H sasar sumbangan RM1 juta

Bagi merebut amal pahala sedekah dan memberi makan umat Islam berbuka puasa di tempat yang memerlukan, Rayuan Ramadhan Ikram 1433H tampil bagi mengumpul sumbangan untuk mengadakan iftar, sedekah dan fidyah di 14 negara umat Islam yang memerlukan iaitu Sudan, Palestin, Iraq, Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Indonesia, Mindanao, Selatan Thailand dan termasuklah beberapa tempat di Malaysia.

Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 1999/1420H. Pada tahun lepas (1432H), pihak Rayuan Ramadhan Ikram telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM500,000 dan diagihkan kepada 100,000 orang penerima. Pada tahun ini, program Rayuan Ramadhan 1433H dengan jawatankuasa dan gerak kerja yang baru telah mensasarkan sumbangan yang lebih tinggi sebanyak RM1 juta iaitu 200,000 orang penerima.

Objektif rayuan sumbangan ini adalah untuk mengumpul dana untuk menaja program berbuka puasa dan sedekah di negara atau lokasi umat Islam yang lebih memerlukan, serta menunaikan tanggungjawab membantu umat Islam yang ditindas, ditimpa bencana, dilupakan dan berjuang di jalan Allah.

Program ini diadakan bagi menzahirkan rasa mahabbah dan keprihatinan kita kepada umat Islam yang benar-benar memerlukan dan membina jaringan kerjasama antara Ikram dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sama ada dalam dan luar negara.

Ikram yang kini mempunyai 69 cawangan seluruh negara, berusaha untuk menjadi pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan, yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ikram turut bekerjasama dengan Aqsa Syarif untuk menyalurkan sumbangan Ramadhan khusus untuk rakyat Palestin.

Bagi mereka yang berminat untuk menyumbang dalam Rayuan Ramadhan Ikram, bolehlah memasukkan sumbangan tersebut ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 1211-30100-40182 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia. Perpindahan sumbangan secara online juga diterima. Sebarang sumbangan hendaklah dimaklumkan secara email ke rayuan@ramadhan-qurban.org atau poskan maklumat pembayaran kepada pihak Sekretariat sumbangan, dalam borang yang disediakan (gambar kanan).

Penyumbang boleh memberi atau menaja sumbangan kewangan dalam bentuk tajaan iftar (berbuka puasa) Ramadhan, sedekah untuk fakir miskin dan zakat atau fidyah. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.ramadhan-qurban.org dan Facebook Rayuan Ramadhan Ikram. Tarikh tutup bagi sumbangan Ramadhan adalah pada 20 Ramadhan 1433H atau 9 Ogos 2012.

Pihak Sekretariat Rayuan Ramadhan Ikram mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak atau individu yang menyumbang dalam program ini dan mendoakan semoga Allah memurahkan dan melipatgandakan rezeki para penyumbang hasil keberkatan sumbangan kepada umat Islam lain yang memerlukan pada tahun ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia