Rayuan Ramadhan 1437H: Tajaan iftar di 15 buah negara

Sejak dilaksanakan pada tahun 1999/1420H, program ini berjaya mengumpul sumbangan dan diagihkan kepada lebih 600,000 orang penerima. Pada tahun ini, sekretariat projek mensasarkan sumbangan kepada 60,000 orang penerima.

15 negara penerima tajaan iftar tersebut ialah Palestin, Syria, Lubnan, Filipina, Myanmar, Sri Lanka, Bangladesh, Iraq, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Indonesia, Vietnam, Sudan dan Malaysia.

Selain mengadakan program iftar di negara atau lokasi umat Islam yang lebih memerlukan, projek ini bertujuan untuk menunaikan tanggungjawab membantu umat Islam yang ditindas, ditimpa bencana, dilupakan dan berjuang di jalan Allah.

Di samping itu, projek anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama MyCARE, i-Bantu dan Hidayah Centre ini bagi menzahirkan rasa mahabbah dan keprihatinan kepada umat Islam yang benar-benar memerlukan seperti di Sudan, Palestin, Mindanao (Filipina), Afghanistan, Sri Lanka, Indonesia dan Kemboja.

Dengan sumbangan serendah RM15 seorang untuk umat Islam Palestin dan Syria serta RM20 seorang untuk umat Islam dalam dan luar negara, mereka yang berminat menyumbang boleh memasukkan sumbangan ke akaun Bank Islam 1211 30100 49959 dan Maybank 5621 4240 5154 atas nama PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA.

Untuk memudahkan urusan penyelarasan akaun, mohon pihak penyumbang menghantar slip pembayaran dan maklumat diri (nama penuh, no. telefon, e-mel dan alamat surat-menyurat) kepada pihak Sekretariat Rayuan Ramadhan 1437H melalui +6017-276 6384 (Whatsapps/Telegram) atau e-mel ramadhanqurban@gmail.com.

Tarikh tutup sumbangan iftar adalah sebelum atau pada 25 Jun 2016 atau 20 Ramadan 1437H. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Sekretariat di talian 03-4101 2080, 017-276 6384, no. faks: 03-4162 2762 atau e-mel rayuan@ramadhan-qurban.org.

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan daripada api neraka dan mendapat pahala seperti orang-orang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikit pun.” (HR Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

Sumber:
Laman web: http://rayuan-ramadhan.ikram.org.my/blog/
FB: https://www.facebook.com/RayuanRamadhanIkram/
Twitter: https://twitter.com/RayuanRamadhan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia