Program ramah mesra ini telah diadakan di Rumah Melaka, Bukit Katil Melaka yang melibatkan 8 NGO iaitu Persatuan penduduk: Taman Jati, Taman Widuri, Taman Tuh Rahah, Taman Seri Duyong , Persatuan Muslim Tiongha (MACMA), Persatuan pekerja-pekerja Muslim Hospital Melaka, Persatuan Ibu Tunggal Melaka dan Wanita Ikram Melaka. Objektif utama program ini ialah untuk merapatkan ukhuwwah antara sesama NGO.
Ketua Wanita Ikram Melaka, Hjh Rahimah Abdul Latif telah berkongsi tentang matlamat wanita ikram serta aktiviti-aktiiviti yang telah dilaksanakan. Semoga semua NGO yang hadir ini dapat bekerjasama untuk melaksanakan program dakwah bersama.