Sambut Ramadan: Dalam gembira perlu waspada

Bermula 1 April 2022, negara akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik yang merupakan fasa sementara sebelum beralih ke Fasa Endemik.

 

Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih diwajibkan, had waktu beroperasi premis perniagaan dimansuhkan, manakala aktiviti solat jemaah di masjid atau surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal dengan SOP tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

 

Selain itu, had kapasiti pekerja mengikut liputan vaksinasi dimansuhkan dan semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi, manakala had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai akan turut dimansuhkan secara menyeluruh.

 

Alhamdulillah, ini merupakan berita baik terutamanya umat Islam yang bakal menghadapi Ramadan tidak lama lagi bagi memakmurkan rumah Allah SWT dengan aktiviti ibadah, setelah dua tahun melalui fasa PKP dan PPN dengan SOP yang ketat.

 

Namun begitu, dalam gembira, mesti ada sikap berhati-hati dan waspada kerana kes harian Covid-19 negara masih di tahap tinggi iaitu lebih 20,000 kes dan belum menunjukkan tanda surutnya.

 

Walaupun pesakit Kategori 3, 4 dan 5 amat rendah iaitu sekitar 0.7 peratus, kes aktif setakat 19 Mac hampir mencecah 300,000 dan ini seharusnya dibimbangi.

 

Dengan angka kes positif negara hampir 4 juta, sudah pasti ada di antara kita yang telah dan sedang dijangkiti Covid-19, termasuk ahli-ahli keluarga, saudara-mara, rakan sekerja atau kenalan.

 

Tambahan pula, sempadan negara turut dibuka semula pada 1 April ini. Sudah pasti ramai yang akan melancong ke luar negara dan ramai pelancong luar yang akan berkunjung ke negara kita.

 

Oleh itu, kita perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan demi keselamatan diri, orang sekeliling serta negara secara keseluruhannya.

 

Teruskan amalan memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan, menjaga kebersihan premis, melazimi penjarakan fizikal dan memastikan pengudaraan persekitaran yang baik.

 

Dalam keadaan hampir bebas pada fasa peralihan ke endemik, jangan kita leka dan bersikap bermudah-mudah dengan SOP yang dilihat mudah.

 

Kita tidak mahu sikap leka kita pula berulang yang boleh menyebabkan berita duka tidak dapat pulang ke kampung apabila Aidilfitri menjelang.

 

Sambutlah pesta pahala berlipat ganda pada bulan Ramadan dengan gembira, tapi perlu waspada, kerana Covid-19 masih berleluasa.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia