Ramadan: Manfaatkan Kurniaan, Meraih Keuntungan

Ramadan: Manfaatkan Kurniaan, Meraih Keuntungan | IKRAM

Nabi Muhammad Salallahualaihiwasallam (SAW) sentiasa memberikan khabar gembira kepada para sahabat baginda ketika hendak datangnya bulan Ramadan.

“Daripada Abu Hurairah, beliau berkata; Ketika datang bulan Ramadan Rasulullah SAW bersabda: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat, padanya Allah mewajibkan kamu berpuasa, padanya pintu-pintu Syurga dibuka luas dan pintu-pintu neraka ditutup rapat dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan Ramadan ada satu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan dan barang siapa tidak mendapati malam itu, maka ia telah kehilangan pahala seribu bulan.” (HR Ahmad dan an-Nasa’i)

Sebahagian ulama mengatakan bahawa hadis ini dijadikan dalil dalam mengucapkan selamat antara satu dengan yang lain dengan datangnya bulan Ramadan. Selayaknya kita fikir dan muhasabahkan agar Ramadan ini kita manfaatkan dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadan yang terakhir.

1. Bagaimanakah seorang mukmin iaitu orang yang bertakwa tidak bergembira dengan dibukanya pintu-pintu syurga?

2. Bagaimana para pendosa iaitu pelaku maksiat tidak bergembira dengan ditutupnya pintu-pintu neraka?

3. Bagaimana orang yang lalai iaitu lemah imannya tidak bergembira pada waktu syaitan-syaitan dibelenggu?

Adakah situasi lain yang menyerupai bulan Ramadan ini? Tentulah tidak ada. Hanya pada bulan Ramadan saja kita akan temui segala ini. Maka sampainya seseorang pada bulan Ramadan dan berpuasa padanya, merupakan suatu kenikmatan yang teramat besar kepada siapa yang Allah Subhanahuwataala (SWT) kehendaki padanya.

Sebagaimana dikisahkan dalam Musnad Imam Ahmad oleh sahabat yang mulia, Thalhah bin Ubaidillah radiallahuanhu (RA) bahawasanya terdapat dua orang yang menemui Rasulullah SAW kemudian mereka masuk Islam bersama.

Salah seorang daripada mereka sangat bersungguh-sungguh daripada temannya, lalu kemudian dia berperang dan mati syahid. Kemudian yang lain tetap hidup setelahnya selama setahun, kemudian meninggal dunia.

Thalhah berkata; “Saya bermimpi sebagaimana yang dilihat oleh orang yang tidur, seolah-olah saya berada di gerbang syurga dan saya bersama kedua-duanya. Lalu ada seorang yang keluar daripada syurga dan memberi izin kepada orang yang meninggal terakhir daripada kedua-duanya untuk memasuki syurga. Kemudian orang itu keluar lagi dan mengizinkan kepada orang yang syahid.

“Thalhah menceritakan hal itu kepada teman-temannya dan mereka berasa hairan. Sehinggalah perkara itu sampai kepada Rasulullah SAW lantas baginda bersabda: “Apa yang kamu hairankan?” Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah, orang itu sangat bersungguh-sungguh kemudian mati syahid di jalan Allah, namun mengapa orang ini yang masuk syurga terlebih dulu?”

Baginda menjelaskan: “Bukankah dia telah tinggal di dunia selama setahun?” Mereka menjawab; “Ya.” “Dia telah menjumpai Ramadan dan dia berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ya.” “Dia melakukan solat ini dan itu, dan bersujud selama setahun?” Mereka menjawab: “Ya.” Rasulullah SAW bersabda: “Perbezaan antara kedua-duanya lebih jauh daripada langit dan bumi.”

Dalam hadis ini kita dapati bahawa begitu besarnya ganjaran seseorang yang semasa hidupnya berada pada bulan Ramadan dan berpuasa serta mengerjakan solat. Bahkan ia melebihi ganjaran atau balasan orang yang berjihad atau mati syahid namun tidak berada pada bulan Ramadan.

Maka ayuhlah kita raih keuntungan sebanyak-banyaknya pada bulan Ramadan ini. Barang siapa tidak mendapat keuntungan pada bulan ini, lalu bilakah lagi kita akan meraih keuntungan yang dijanjikan Allah ini?

Betapa banyak orang yang bercita-cita akan berpuasa pada bulan Ramadan, ternyata mereka dihalangi untuk mencapai cita-citanya itu, lalu mereka menjadi penghuni kubur sebelum datangnya bulan Ramadan.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkhutbah yang mana ini merupakan khutbah terakhirnya. Beliau berkata:

“Sesungguhnya kamu tidaklah tercipta sia-sia dan tidak dibiarkan begitu saja tanpa pertanggungjawaban. Sungguh kamu memiliki tempat kembali, di sana Allah akan menetapkan hukum antara kamu dan memutuskan seluruh perselisihan yang terjadi. Maka pada hari tersebut, kecewa dan merugilah orang yang tidak dinaungi rahmat Allah dan diharamkan untuk memasuki syurga-Nya yang seluas langit dan bumi.

Tidakkah kamu tahu bahawa keamanan pada hari kiamat hanya diperoleh oleh mereka yang waspada dan takut terhadap hari tersebut yang mana mereka menukar sesuatu yang fana untuk diganti dengan yang kekal, menukar sesuatu yang terbatas untuk diganti dengan yang tidak terbatas, menukar rasa takut untuk diganti dengan rasa aman.

Dan tidakkah kamu melihat bahawa sebenarnya hidup kamu itu seperti barang yang dirampas daripada orang yang terbunuh dan kemudian akan dimiliki oleh orang lain yang tinggal sepeninggalan kamu, demikian seterusnya hingga kamu dikembalikan kepada Allah, sebaik-baik Pewaris.

Setiap hari kamu mengiringi jenazah mereka yang telah wafat dan pulang kepada Allah, yang telah menetapkan kematiannya sehingga ajalnya pun berakhir, hingga kamu menguburkannya di dalam perut bumi, tanpa alas tidur dan bantal.

Dia telah berpisah daripada orang yang disayanginya, kini berkalang tanah, dan akan berhadapan dengan hisab. Nasibnya ditentukan oleh amalnya, tidak perlu pada harta yang telah ditinggalkan, namun sebaliknya teramat memerlukan kepada amal yang telah dikerjakannya. Oleh kerana itu, hendaklah kamu bertakwa kepada Allah sebelum ketentuan-Nya terlaksana dan kematian datang menjemputmu.”

Kemudian Umar mengakhiri khutbahnya, menutup wajahnya dengan hujung syal beliau, dan beliau pun menangis sehingga orang yang berada di sekitar beliau turut menangis.”

[Rujuk kitab ‘Lathaiful Ma’arif’ oleh Imam Ibnu Rajab al-Hanbali]

Justeru, marilah kita manfaatkan peluang yang Allah kurniakan berupa kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan kali ini.

Moga dengan itu, kita mampu meraih takwa dan keuntungan yang Allah janjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melaksanakan amal kebaikan sepanjang bulan yang mulia serta penuh keberkatan ini.

Ayuhlah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia