Ramadan dan transformasi kejiwaan

Bagaimana Sahabat Dan Salafussoleh Menyambut Ramadan? | IKRAM

“Ramai yang mengatakan, puasa itu diciptakan agar kita bertakwa. Apa hubungannya lapar dengan bertakwa itu? Dan pada bulan Ramadan/puasa tidak boleh marah, bergaduh atau melakukan perkara-perkara yang tidak baik.. Apakah kerana tidak ada penerapan tenaga membuat seseorang malas untuk marah dan sifat emosi lainnya terkawal?”

Bersama-samalah kita fikirkan.

Pertanyaan tersebut sering dilontarkan, akan tetapi kerana keimanan seseorang untuk menjalankan ibadah puasa, iaitu perintah Allah SWT dalam Rukun Islam ketiga, maka pertanyaan tersebut tidak akan terucap.

Sebenarnya bukan manusia saja yang diberi tugas untuk berpuasa, binatang-binatang seperti ular, harimau, dan lain-lainnya berpuasa walaupun tidak semestinya pada bulan Ramadan.

Mari kita tinjau tentang hakikat puasa dan transformasinya terhadap kejiwaan, insya-Allah, boleh kita gunakan untuk melalui ibadah Ramadan yang bakal tiba ini.

Sifirnya:
Sebelum puasa –> Tubuh didominasi fikiran/akal –> Puasa –> Tubuh psikologi berehat –> Wujud dominasi spirit –> Spiritual mendominasi tubuh –> Spirit = ‘campur tangan’ ruhiyyah –> Keputusan akhir: Wujud sifat fitrah/sifat ketuhanan pada jiwa.

Peneguhan buat keyakinan diri

Manusia memiliki kelebihan berbeza dengan haiwan, di samping kemampuan berfikir, manusia juga memiliki kemampuan memilih. Prinsip ini disebut nafs al-insanniyah (diri sejati).

Sebagaimana firman Allah SWT:
“Akan tetapi dalam diri manusia ada basirah (yang tahu).” (al-Qiyamah: 14)

Kata basirah disebut sebagai ‘yang tahu’ atas segala gerak manusia, walaupun sangat rahsia. Ia biasa menyebut wujudnya ‘Aku’. Wujud ‘Aku’ memiliki sifat tahu yang memperlihatkan dirinya atas perilaku hati, kegundahan, kesenangan, kebaikan, kebohongan dan beberapa kata sifat lainnya.

Ia jujur, bersih dan suci, sehingga syaitan, jin dan manusia tidak mampu menembus alam ini kerana sangat dekat dengan Allah SWT. Allah SWT menyebutnya dengan ‘Roh-Ku’.

Aktiviti rohani yang diajarkan oleh Allah SWT untuk memperoleh kesejatian ini adalah dengan melaksanakan ibadah puasa. Dalam ibadah ini, manusia diwajibkan mengendalikan emosi dan aktiviti keinginan hawa nafsu selama sebulan daripada 12 bulan iaitu pada bulan Ramadan.

Selama sebulan penuh menahan rasa dari keinginan syahwat/ragawi, samar-samar akan terjadi proses transformasi kejiwaan yang berbentuk emosional berubah menjadi ketenangan, sehingga fizikal seolah-olah tidak lagi mengikuti ‘Aku’ (diri sejati).

Keadaan itulah yang dikatakan Allah SWT sebagai kurniaan lailatulqadar di mana manusia yang mencapai situasi tersebut mampu menembus seluruh semesta rohani dan berubah menjadi manusia sejati serta fitrah.

Keadaan fitrah ini diungkap al-Quran bahawa apabila telah terjadi fitrah pada diri, manusia maka sesungguhnya fitrah ini sama dengan kehendak Allah SWT.

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (Tetaplah) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (ar-Ruum ayat 30)

Dalam keadaan tersebut manusia mendapat kurniaan kepatuhan dan ketakwaan seperti akurnya alam semesta serta taatnya tubuh manusia, di mana tidak dapat dipersoalkan kenapa terlahir ke dunia ini, kenapa boleh bernafas tanpa dikawal?

Hal ini merupakan renungan yang hakiki, kenapa fikiran kita tidak sepatuh alam dan tubuh, yang diselimuti kekuatan Allah SWT itu.

Setelah terdapat dominasi Roh-Ku terhadap fizik, maka akan ada perubahan sifat ketuhanan yang stabil yang perlu terus dipelihara seusai bulan Ramadan.

Ibaratnya pada bulan Ramadan, kita menenun benang untuk dijadikan kain, setelah kain selesai, maka harus dipelihara, dijaga sebaiknya, agar tak terurai lagi tenunannya. Peliharalah ia sampai bila-bila, insya-Allah.

Oleh: Atriza Umar
Rujukan: Hadirmu Dinanti: Ramadan di Rumah Kami

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia