Ramadan: 8 Agenda Harian Yang Boleh Dimanfaatkan

Satu hari pada bulan Ramadan merupakan kesempatan yang sangat berharga untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Oleh kerana itu, agenda yang kita maksudkan di sini adalah merupakan rangkaian kegiatan yang rutin selama dua puluh jam, dimulai dari waktu subuh hingga waktu sahur hari berikutnya.

1. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk solat subuh.

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, solat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan kurnia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan.” (Disahihkan al-Albani)

b. Menunaikan solat sunat fajar di rumah dua rakaat.

Rasulullah SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunat fajar lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi SAW pada dua rakaat sunat fajar membaca surat Qul ya ayyuhal kafirun dan Qul huwallahu ahad.”

c. Menunaikan solat subuh berjamaah di masjid – khususnya- bagi kaum lelaki.

Rasulullah SAW bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh, maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh.” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah khabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.” (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, zikir atau tilawah al-Quran hingga waktu iqamat solat.

Rasulullah SAW bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” (HR Ahmad, Tirmidzi dan Abu Dawud)

e. Duduk di masjid bagi lelaki / musolla bagi wanita untuk berzikir dan membaca zikir waktu pagi.

Dalam hadis nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

”Nabi SAW, jika selesai solat fajar, duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang kekuning-kuningan.” (HR Muslim)

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat).” (Al-Isra : 78)

Agenda (urutan keutamaan)

Membaca al-Quran dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

– Membaca setengah hizb daripada al-Quran untuk mendapatkan khatam al-Quran sebanyak sekali.

– Membaca satu hizb daripada al-Quran untuk mendapatkan khatam al-Quran sebanyak dua kali.

– Bagi yang mampu menambah lebih banyak daripada itu semua, maka akan menuai kebaikan berlipat kali ganda insya-Allah.

2. Agenda Setelah Keluar Daripada Masjid atau Musolla

a. Tidur dengan berharap ganjaran di dalamnya.

Dalam atsar disebutkan, Muadz bin Jabal r.a. berkata:

إِنِّي لأَحْتَسِبُ فِي نَوْمَتِي كَمَا أَحْتَسِبُ فِي قَوْمَتِي

“Sungguh saya selalu berharap ganjaran daripada Allah pada saat tidur sebagaimana saya selalu berharap ganjaran ketika berada di tengah kaumku.”

b. Menunaikan solat dhuha walau hanya dua rakaat.

Rasulullah SAW bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit; mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kenderaan atau mengangkatkan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan solat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan daripada jalan adalah sedekah.” (HR Bukhari dan Muslim)

c. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap kerana Allah.

Rasulullah SAW bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik daripada yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahawa Nabi Daud makan daripada hasil tangannya sendiri.” (HR Bukhari)

Dalam hadis lainnya, Nabi SAW juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Sesiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan zikir sepanjang hari.

Allah berfirman:

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah, maka hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’ad: 28)

Rasulullah SAW bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berzikir kepada Allah.” (HR Thabrani dan Ibnu Hibban)

3. Agenda Ketika Solat Zuhur

a. Menjawab azan untuk solat zuhur, lalu menunaikan solat zuhur berjamaah di masjid khususnya bagi lelaki.

b. Menunaikan sunat rawatib sebelum zuhur empat rakaat dan dua rakaat setelah zuhur.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Sesiapa yang solat 12 rakaat pada siang dan malam hari, maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di syurga.” (HR Muslim)

4. Agenda Saat dan Setelah Solat Asar

a. Menjawab azan untuk solat asar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan solat asar secara berjamaah di masjid.

b. Mendengar tazkirah di masjid (jika ada).

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Sesiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna.” (HR Thabrani – Hasan Sahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang kerana Allah.

Rasulullah SAW bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya.”

Agenda keutamaan:

Membaca al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

– Membaca setengah hizb daripada al-Quran untuk mendapatkan khatam al-Quran sebanyak sekali.

– Membaca satu hizb daripada al-Quran untuk mendapatkan khatam al-Quran sebanyak dua kali.

– Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya-Allah.

5. Agenda Sebelum Masuk Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan muzakarah – menghafal al-Quran.

b. Mendengar ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media.

c. Menyediakan bantuan atau iftar di masjid-masjid dan di tempat lainnya.

d. Menyibukkan diri dengan doa.

Rasulullah SAW bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah.”

6. Agenda Setelah Terbenam Matahari

a. Menjawab azan untuk solat maghrib.

b. Melakukan iftar dengan rutab (kurma basah/muda), kurma secara ganjil atau seteguk air kosong dengan berharap ganjaran dan mengikuti sunnah diiringi dengan doa.

Dalam hadis disebutkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

Rasulullah SAW jika berbuka selalu membaca: “Telah hilang rasa haus, dan telah basah urat dan telah ditetapkan ganjaran insya-Allah.”

c. Menunaikan solat maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki).

d. Menunaikan solat sunat rawatib setelah maghrib – dua rakaat.

e. Berkumpul dengan keluarga depan hidangan makanan berbuka diiringi dengan syukur atas sempurnanya puasa satu hari penuh.

f. Membaca zikir petang.

g. Mempersiapkan diri untuk solat isyak dan sunat tarawih dengan berwuduk dan berwangi-wangian (khususnya bagi laki-laki) lalu melangkahkan kaki menuju masjid.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Sesiapa yang bersuci / berwuduk kemudian berjalan menuju salah satu daripada rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban daripada kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat darjatnya.” (HR Muslim)

7. Agenda Pada Waktu Solat Isyak

a. Menjawab azan untuk solat isyak, kemudian menunaikan solat isyai secara berjamaah di masjid.

b. Menunaikan solat sunat rawatib setelah isyak – dua rakaat.

c. Menunaikan solat tarawih secara berjamaah dengan sempurna di dalam masjid.

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّهُ مَنْ صَلَّى مَعَ الإِِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

“Sesungguhnya bagi siapa yang solat bersama imam hingga selesai, maka ditulis baginya seperti melakukan solat qiamullail.” (Ahlu Sunan)

d. Duduk bersama keluarga / melakukan silaturahim.

e. Mendengar ceramah, nasihat dan untaian hikmah di masjid.

f. Dakwah melalui media atau lainnya.

g. Melakukan muzakarah.

h. Menghafal al-Quran

Agenda keutamaan…

Membaca al-Quran dan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

– Membaca setengah hizb daripada al-Quran untuk mendapatkan khatam al-Quran sebanyak sekali.

– Membaca satu hizb daripada al-Quran untuk mendapatkan khatam al-Quran sebanyak dua kali.

– Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan, maka telah menuai kebaikan berlimpah insya-Allah.

8. Agenda Pada Sepertiga Malam Akhir

a. Menunaikan solat tahajjud dengan memanjangkan waktu ketika rukuk dan sujud di dalamnya dan melakukan solat secara berjamaah pada 10 malam terakhir.

b. Menunaikan solat witir jika belum menunaikannya secara berjamaah.

c. Makan sahur dengan niat beribadah kerana Allah dan menunaikan sunnah.

Rasulullah SAW bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

“Makan sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu ada keberkatannya.” (Muttafaqun alaih)

d. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh.

Rasulullah SAW bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat sepertiga malam terakhir, dan Dia berkata: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, dan sesiapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.” (HR. Bukhari Muslim)

Ingatlah selalu:

Mengiringi niat yang baik ketika melakukan pekerjaan di sepanjang hari pada bulan Ramadan.

“Sesiapa yang puasa dengan iman dan berharap reda Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya.”

“Sesiapa melakukan qiam dengan iman dan berharap reda Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya.”

“Sesiapa yang melakukan iktikaf dengan iman dan berharap reda Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya.”

“Sesiapa yang mendapatkan lailatulqadar dengan iman dan berharap reda Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya.”

Apa yang dijelaskan di atas adalah cadangan yang boleh diikuti sebagai model contoh. Terpulanglah kepada kemampuan masing-masing dalam melaksanakannya.

Apa yang terpenting ialah jangan samakan bulan yang mulia ini dengan bulan-bulan yang lain kerana di dalamnya penuh dengan kerahmatan dan kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Allahu a’lam.

Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria (UsTACZ)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia