Rakyat terus ‘dikastakan’?

Sebagaimana kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasmi beliau pada Isnin, seramai 21 kes kematian adalah melibatkan warganegara Malaysia.

 

Berikutan itu juga, 13 kluster baharu dikenal pasti dengan 11 daripadanya dari tempat kerja, serta masing-masing satu bagi kluster komuniti iaitu Sebangkoi di Sarawak dan kumpulan berisiko tinggi, Taman Bukit Petaling (Negeri Sembilan).

 

Namun, tanpa memikirkan keadaan kes yang makin marak, dengan mudahnya Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba telah mengeluarkan perintah yang melonggarkan peraturan kuarantin kepada rakan-rakan anggota kabinet yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara.

 

Perintah yang bertajuk, “Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021” terbit pada Warta Persekutuan yang ditandatangani Adham dan akan berkuat kuasa hari ini.

 

Adakah virus yang menular ini kenal menteri atau rakyat, hinggakan kelonggaran itu diberikan kepada menteri-menteri? Cukup-cukuplah membuat kasta dengan rakyat jelata!

 

Sepertinya mereka seakan merasakan virus ini kenal siapa menteri dan siapa rakyat. Sungguh ironi sekali jika penguatkuasaan itu dilaksanakan.

 

Mari kita singkap kembali permulaan kes penularan Covid-19 ini mula melonjak sejak bila. Ia bukan dilakukan rakyat biasa, tetapi tercetusnya disebabkan pak menteri dan ahli politik pulang daripada pilihan raya negeri Sabah tahun lalu.

 

Dr Noor Hisham melaporkan bahawa dua negeri yang mencatatkan kes yang tertinggi pada ketika itu adalah Sabah dengan 660 kes dan Selangor, 407 kes. Kes harian virus itu bagi 19 November melonjak hampir 100 peratus kepada 1,290 kes di seluruh negara.

 

Apakah Menteri Kesihatan buat-buat lupa laporan ini?

 

Adillah dalam bersikap wahai pihak berkuasa

 

Kenapa hukuman tidak dikuatkuasakan kepada mereka? Suka saya memetik kata Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui status Facebook beliau pagi ini:

 

“Jangan ada dua set peraturan yang berbeza dalam apa jua bentuk perundangan mahupun SOP yang diperkenalkan; Untuk rakyat marhaen lain, untuk pimpinan atasan lain!”

 

Sampai bila sikap atau ‘kasta’ ini akan berlangsung? Pabila rakyat yang terbeban dengan peraturan yang dikuatkuasakan kerajaan sehingga pelbagai risiko terpaksa didepani hingga hilang pekerjaan dan pendapatan untuk diri dan keluarga, pihak berkuasa kini dengan mudahnya melanggar segala yang mereka kuat kuasakan.

 

Ini soal keadilan yang sesiapa pun sebagai rakyat punya peranan menyedarkan kerajaan kini. Sudah banyak menteri dan wakil kerajaan yang melanggar SOP, namun tidak nampak tindakan yang tegas dikenakan kepada mereka.

 

Namun, apabila rakyat yang tanpa sengaja terkhilaf (terlupa atau tersalah), pantas sahaja dikenakan denda atau hukuman. Di mana lagi istilah pemimpin membela rakyat?

 

Dalam tempoh PKP ini juga, boleh pula perdana menteri ke luar negara, walhal selama ini beliau sendiri menggalakkan apa-apa pertemuan diadakan dalam talian, apalagi negara yang beliau kunjungi itu mempunyai kes yang tinggi setiap hari mencecah lima angka.

 

Di mana nilai integriti diri seorang pemimpin negara yang sanggup melakukan lawatan itu walaupun dikatakan ‘urusan kerja’?

 

Sedangkan semua kita sebagai seorang Islam sedar tentang hadis yang mengingatkan bahawa ketika wabak, jangan pergi ke tempat wabak dan jangan biarkan orang mendatangi ke tempat kita.

 

Sedarlah wahai pak menteri, rakyat sedang memerhati.

 

Pilih bulu

 

Sewajarnya pihak berkuasa kini memikirkan keadaan rakyat sebagaimana negara lain seperti Turki yang sangat mengambil berat akan rakyatnya ketika situasi pandemik ini melanda.

 

Saya menyokong tindakan mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang menyelar tindakan mengenakan kompaun terhadap sekumpulan belia penghantar makanan ketika golongan kenamaan (VIP) bebas berkumpul dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Sedarkah pihak berkuasa kini, rakyat bukanlah sengaja hendak mempertikaikan peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mereka ketika PKP ini, tetapi sikap pilih bulu dan tiada budi bicara yang hikmah oleh pihak berkuasa wajar dipertikaikan.

 

Ketika ramai VIP bebas berkumpul tanpa mematuhi penjarakan sosial, dan tidak memakai pelitup muka apalagi mengadakan perhimpunan dalam skala yang tidak mematuhi SOP, tidak pula dipersoalkan dan dikenakan hukuman.

 

Namun, apabila rakyat, terus sahaja dikenakan tindakan tanpa ada belas ihsan. Siapakah lagi yang akan membela rakyat, kalau bukan pemerintah yang ada kini?

 

Bercermin kepada negara Turki

 

Tahukah kita, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyumbangkan gaji bulanan beliau untuk Corona Campaign sejak tahun lalu?

 

Kempen nasional untuk menyokong mereka yang terkesan dengan penyebaran virus ini dilancarkan dengan memberikan sokongan tambahan kepada rakyatnya berpendapatan rendah.

 

Beliau juga memberikan bantuan sokongan tambahan sebanyak 6 bilion lira untuk pekerja barisan hadapan iaitu pegawai kesihatan. Tidak dilupakan, beliau memberikan bantuan lain untuk rakyatnya.

 

Presiden Turki itu juga meminta semua anggota parlimen dan anggota parti yang berkuasa dan datuk bandar untuk turut serta dalam kempen tersebut.

 

Baguslah cepat buat ‘U-turn’, RUU355 belum kelihatan

 

Tatkala rakyat perlu berkurung di rumah, tidak dibenar ke masjid dan surau (di sebahagian negeri telah dibenarkan dengan SOP yang ketat), mengapa kelab malam dibenarkan buka? 

 

Inilah yang dikatakan ‘double standard‘ dan jelas-jelas pihak berkuasa tidak cakna dengan permaslahan rakyat kini.

 

Terkejut juga dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi laman webnya pada awal pagi 8 Februari (ketika saya membacanya), membenarkan premis-premis seperti kelab malam, pub, disko dan seumpama dengannya dibuka.

 

Menurut SOP yang dipapar dalam MKN yang telah dikemaskini pada 4 Februari 2021, susulan sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengusaha-pengusaha pub dan kelab malam dibenar beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam.

 

Walau bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada beberapa syarat antaranya penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.

 

Saya merasakan ia sesuatu yang tidak kena. Tahukah menteri yang mengeluarkan kenyataan demikian bahawa tempat seperti pub, kelab malam itu adalah tempat perkumpulan sosial manusia. Bagaimana SOP penjarakan fizikal ketika mereka di dalam tempat-tempat sebegitu?

 

Sepatutnya kerajaan yang ada kini, merujuk atau memaklumkan kepada rakan mereka yang ada dalam kabinet daripada sebuah parti Islam. Dan sewajarnya barisan kabinet parti tersebut perlu lantang bersuara menyatakan tidak bersetuju dengan apa yang diputuskan itu. 

 

Sebenarnya, inilah masa dan waktunya Rang Undang Undang 355 (RUU355) yang diperjuangkan mereka dahulu dilulus untuk dilaksanakan bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah syariah. Namun, segala itu belumlah berlaku.

 

Sedarkah Pak Menteri bahawa perniagaan utama kelab malam dan pub adalah menjual minuman keras yang boleh memabukkan si peminumnya dan kegiatan maksiat juga kerap berlaku di kelab malam dan pub?

 

Sewajarnya ia ditutup sahaja. Mungkin ada yang mengatakan dari situ pulangan cukai yang besar didapatkan kerajaan. Namun, adakah kerana itu ia patut dibuka semula? Nanti ada pula yang berkata, “Habis, macam mana yang bekerja di tempat-tempat itu?”

 

Insya-Allah, ketika pihak berkuasa mahupun kita semua berusaha mencegah tempat-tempat seperti ini, tentu ada jalan yang lebih baik yang Allah akan bukakan kepada hamba-Nya, percayalah.

 

Akhirnya, SOP itu ‘terbatal’ sebagaimana poster yang dikeluarkan di grup Telegram MKN pada jam 4.59 petang, 8 Februari 2021. Maka, tempat-tempat itu tidak dibenarkan beroperasi.

 

Teruskan #HerdikanSosial kita

 

Sebagai rakyat, teruskan #HerdikanSosiali kita. Di pihak berkuasa pula, sedar dan perbaikilah semua ini dengan sehikmah mungkin agar rakyat tidak terus terancam dan terabai tetapi merasakan dibela dan dipelihara kebajikannya. Jangan biarkan nasi menjadi bubur.

 

Siapa pun tentunya ingin yang terbaik buat diri, keluarga dan negaranya. Maka peranannya bermula daripada pihak berkuasa yang perlu melihat bagaimana keadaan rakyatnya kini.

 

Teringat saya kata-kata mantan Ketua Menteri Melaka yang juga ADUN Bukit Katil, YB Hj Adly Zahari bahawa tugas seorang pemimpin adalah menghilangkan kedukaan rakyat, menghilangkan kelaparan rakyat dan menghilangkan kejahilan rakyat.

 

Bagaimana dengan mereka yang berkuasa kini, adakah peduli dengan semua itu?

 

Apa khabar harga barang naik, isu daging kartel, harga gajet melambung? Jangan terus ia dibisukan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia