Penganjuran R4G dengan kerjasama Kelab Berbasikal (KBC) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) ini memberi peluang kepada seluruh rakyat Johor bagi menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza.
Pelbagai acara menarik diadakan bagi lebih 1,000 pengayuh termasuk pengunjung untuk mengumpul sumbangan antaranya pertandingan mewarna, lelongan barang tajaan dan persembahan flash mob Gaza dan gendang astheg untuk Gaza yang telah dilakukan oleh para pelajar IKRAM Siswa UTM.
Para pengayuh seterusnya dilepaskan oleh Pengurus Aqsa Syarif Johor, Dr Faizul Amri Adnan dan beberapa wakil penganjur dengan kibaran bendera Malaysia dan Palestin. Mereka melakukan kayuhan sejauh 18 km di sekitar Bandaraya Johor Bahru sambil membawa bendera Palestin dan laungan sokongan untuk Gaza dan Palestin.
Sepanjang program tersebut, lebih RM110,000 derma untuk Gaza berjaya dikumpulkan. Dengan sasaran kutipan derma sebanyak RM1 juta sepanjang bulan ini, Aqsa Syarif Johor berazam untuk terus komited untuk menganjurkan pelbagai aktiviti di sepanjang bulan Disember ini dengan menjadikan tema ‘Disember Bulan Untuk Gaza’.
Aqsa Syarif Johor sangat menghargai sumbangan rakyat Johor atas komitmen mereka membantu rakyat Palestin Gaza. Tahniah Aqsa Syarif Johor! Moga mencapai sasaran sumbangan, insya-Allah.
Sumber: Â Web Aqsa Syarif
http://www.aqsasyarif.org.my/2012/12/aqsa-syarif-johor-berjaya-anjur-ride-for-gaza/
Foto: FB IKRAM Johor
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.482333301810289.104923.131148860262070&type=3