IKRAM buka pusat operasi bantuan banjir

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menubuhkan pusat operasinya sejak hari pertama banjir berlaku.

 

“Sejak itu kita telah tubuhkan Pusat Operasi Bantuan Banjir IKRAM bagi menggerakkan bantuan daripada ahli-ahli dan juga institusi,” kata Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mahdzir Md Isa.

 

Ujarnya, banjir kali ini di luar jangka dan luar biasa kerana berlaku di Lembah Klang dengan tahap kemusnahan harta benda serta korban yang tinggi.

 

“Kita bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Insya-Allah, bagi pihak IKRAM, kita akan berusaha sedaya upaya membantu dengan kapasiti yang ada.”

 

Jelasnya, Pusat Operasi Bantuan Banjir IKRAM berfungsi menyelaras dan memantau operasi bantuan dan agihan sumbangan institusi IKRAM kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan-kawasan terjejas, agar bantuan yang diberikan lebih meluas, maksimum dan tidak bertindih.

 

“Kita sudah gerakkan ahli-ahli sama ada melalui IKRAM Kawasan mahupun institusi untuk turun membantu di samping mematuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan,” tambahnya.

 

Menurut Mahdzir, IKRAM terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak agar bantuan dapat diagihkan dengan lebih efektif.

 

“Orang ramai juga boleh menyalurkan sumbangan melalui institusi-institusi IKRAM seperti Yayasan IKRAM Malaysia, MyCARE, Hidayah Centre Foundation, IKRAM Health dan Belia Harmoni.”

 

Info sumbangan boleh dilayari di pautan https://bit.ly/ikram-bantu-banjir.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia