Puisi Pak Agi: Palestin Tidak Boleh Mati

 

Gaza Palestin suara pemimpin mengatur langkah

Baitul Maqdis Palestin hayat cahaya kemenangan

Masjid al-Aqsa Palestin magnet ummah

Masjid Palestin Masjid al-Aqsa Palestin magnet doa ummah

Palestin tidak boleh mati…


Siang Palestin menunggu malam

Malam debar penuh gelisah, debar gelisah…

Malam Palestin menunggu siang

Siang sarat berita resah, berita resah…

Palestin tidak boleh mati…


Gaza ialah mentari sabar Palestin

Baitul Maqdis ialah bulan hikmah Palestin

Masjid al-Aqsa ialah puncak para Palestin

Hikmah menanggung panas sengketa

Barah memendam rasa takwa

Palestin tidak boleh mati…


Palestin memilih jalur menang

Jalan menang Palestin

Jalan hitam musuh

Musuh dihalau pulang ke Barat

Mereka perampas tanah pemusnah Palestin

Palestin tidak boleh mati…


Tidak ada masa lena bagi Palestin

Palestin memilih jalan melawan

Palestin bukan tanah kubur

Sinar cahaya hidupkan tanah Palestin

Palestin tidak boleh mati…


Mati bukan pilihan Palestin

Palestin bukan tanah kubur

Sinar cahaya hidupkan tanah Palestin

Palestin mesti hidup

Angkat semua bendera Palestin

Palestin tidak boleh mati…

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia