Puisi Al-Aqsa gamit pengunjung Pesta Buku Antarabangsa KL

 

Program dimulakan dengan persembahan flashmob Palestin dari kumpulan Stand Up Falshmob (SUF) dengan iringan lagu Faizal Tahir, Assalamualaikum menggegarkan pentas utama PBAKL diikuti dengan pengenalan Rose2Rose oleh Tokoh Aktivis Palestin Antarabangsa yang juga Penasihat Rose2Rose, Dr Fauziah Mohd Hasan.

Perkongsian Dr Fauziah tentang Rose2Rose dan bacaan puisi oleh Cik Nurul Izzah dan Encik Ishak

 

Kemudian, program diteruskan dengan persembahan puisi Palestin oleh Saudari Nurul Izzah Zainol yang bertajuk Perindu Syahid dan puisi dengan iringan lagu serta gitar bertajuk Langit Gaza Bumbung Rumahku oleh Encik Ishak Hamzah.

 

Program yang dihoskan oleh Kapten Mohd Dhany Mohamad Sarip menemubual bicara dengan Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim tentang peranan IKRAM dalam menjalankan misi kemanusiaan.

 

Sempena pesta buku tersebut, Ustaz Hasanuddin menekankan kepentingan membaca untuk mewujudkan umat yang sentiasa berfikir, menilai dan menelaah  yang menghasilkan sikap penolakan dan tidak setuju terhadap pembunuhan, peperangan, persengketaan kaum dan sekatan terhadap kebebasan orang lain.

 

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya mempertahankan negara ini agar dapat hidup bersatu, aman damai tidak mengira agama dan bangsa serta saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.

Bual bicara bersama Ustaz Hasanuddin dan Datin Paduka Che Asmah serta para pengunjung di Pentas Utama PBAKL

 

Mengulas peranan Wanita IKRAM dalam kemanusiaan, menurut Datin Paduka Che Asmah, dalam peperangan, mereka yang menjadi mangsa dan paling banyak terjejas adalah golongan wanita, kanak-kanak dan orang tua.

 

Tambahnya, Wanita IKRAM memang sentiasa mempersiapkan diri untuk menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk ke arah usaha-usaha menyantuni mangsa tersebut seperti menyertai misi kemanusiaan melalui Rose2Rose dan menyantuni dan membantu mangsa banjir di Kelantan.

 

Selesai bual bicara, acara kemuncak program ini adalah pelancaran tiga buah buku terbitan Risalah Harmoni Sendirian Berhad (RHSB), sebuah syarikat penerbitan IKRAM.

 

Buku-buku tersebut ialah Tempur Di Gaza, 99 Puisi Untuk Palestin dan Ustazah: Kau Isteri, Ibu dan Aktivis Teladan yang dilancarkan oleh Encik Ishak Hamzah, Pengerusi Majlis Industri Buku Malaysia yang juga Timbalan Presiden MABOPA.

Pelancaran buku oleh Encik Ishak, ulasan buku oleh Ir Endok Sempo dan flashmob SUF

 

Turut menyaksikan pelancaran ialah Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, Pengerusi RHSB, Dr Ahmad Zainuddin Abdullah dan Timbalan Ketua Wanita IKRAM, Dr Hafidzah Mustakim dan editor buku, Ir Endok Sempo Mohd Tahir yang kemudiannya memberikan sedikit sinopsis tentang ketiga-ketiga buku tersebut.

 

Buku Tempur Di Gaza yang diusahakan oleh Rose2Rose mengisahkan tentang perjuangan yang panjang rakyat Gaza menghadapi kezaliman Zionis di mana 600 naskhah buku ini telah ditempah sementara buku 99 Puisi Untuk Palestin adalah kompilasi puisi Palestin melalui Sayembara Puisi Whatsapp Palestin anjuran Wanita IKRAM pada tahun lalu.

 

Buku Ustazah: Kau Isteri, Ibu dan Aktivis Teladan yang juga diusahakan oleh Wanita IKRAM adalah kompilasi kisah-kisah kenangan bersama al-Marhumah Ustazah Siti Marhamah Abdul Wahid yang sarat dengan pengajaran dan teladan.

Orang ramai memenuhi Pentas Utama PBAKL dan membeli buku yang dilancarkan

 

Buku-buku tersebut boleh didapati dengan mengunjungi gerai pameran berikut sepanjang PBAKL 2015 berlangsung iaitu di Imedia Production L073 (Ruang Legar), Iman Shoppe M08 (Bilik Mawar), Deen Prints 4069 & 4070 (Dewan Tun Razak 3) dan Al Ameen Serve 3044-3046, 3035-3037 (Dewan Tun Razak 4).

 

Program diakhiri dengan persembahan flashmob Palestin yang bertenaga dari kumpulan SUF dengan iringan lagu Shoutul Harokah, Mujahid Setia.

 

Semoga program ini memberikan mesej positif kepada masyarakat dalam meningkatkan kefahaman melalui pembacaan dan memberikan kesedaran dalam aspek kemanusiaan, insya-Allah.

 

Foto program: http://on.fb.me/1bgzhbT

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia