PTI 2023: Perhimpunan Tahunan IKRAM Kembali

PTI 2023: Perhimpunan Tahunan IKRAM Kembali | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) kembali semula tahun ini setelah beberapa tahun tidak dapat diadakan.

Tahun 2018 merupakan penganjuran terakhir PTI  iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia pada 2020. Ramai antara kita sudah terpisah dan jarang bersua muka sejak norma baru yang membuka peluang berjumpa dan berinteraksi di alam maya. 

Maka, bertepatan dengan tema PTI yang diangkat pada tahun ini iaitu ‘Teguhkan Ukhuwah, Sebarkan Rahmah’, objektif perhimpunan kali ini menumpukan untuk membangunkan semangat ukhuwah dan rasa kebersamaan setelah pandemik Covid-19.

PTI 2023 bakal membuka tirainya semula di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada Sabtu, 16 September 2023. Ini adalah perhimpunan kali keenam dianjurkan sejak kali pertama diadakan pada tahun 2013 atau sedekad yang lalu.

Ini merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh ramai ahli kerana di sinilah menjadi tempat berkumpulnya ahli IKRAM dari seluruh negara. PTI merupakan wahana utama untuk IKRAM Pusat, Negeri dan Kawasan berkongsi perkembangan dakwah dan tarbiah kepada semua ahli.  

Setelah hampir 14 tahun penubuhan IKRAM, pelbagai cabaran telah dihadapi diiringi dengan kejayaan dan juga iktibar yang menjadi pelajaran berharga untuk IKRAM mendepani masa mendatang dengan lebih kukuh, berhikmah dan bersemangat. 

Ahli IKRAM yang hadir ke PTI akan berpeluang mendapatkan maklumat, perkongsian aktiviti dan pencapaian IKRAM terkini termasuk perancangan masa depan IKRAM dalam medan dakwah di Malaysia dan serantau. 

Perhimpunan kali ini akan mengumumkan beberapa pembaharuan yang akan dilakukan dalam IKRAM.

PTI 2023 akan turut memutarkan kembali nostalgia sejarah terdahulu sebagai sebagai sumber inspirasi, penghargaan, pengiktirafan dan peringatan terhadap usaha-usaha penting yang dilakukan oleh generasi terdahulu sehingga IKRAM ditubuhkan dan kekal hingga ke hari ini.

Dalam pada itu, pihak penganjur juga akan membuka sesi dialog bagi memberi ruang berdiskusi dan memberi pandangan antara kepimpinan dan ahli berkenaan perjalanan masa depan dakwah.

PTI 2023 menyasarkan penyertaan sebanyak 2,200 ahli IKRAM termasuk para pemimpinnya. Sehingga Rabu (2 Ogos), jumlah pendaftaran adalah sebanyak 1,410 orang.

Pendaftaran meningkat pada setiap hari. Ayuh sebar luaskan hebahan program PTI 2023 kepada ahli-ahli IKRAM yang belum mendaftarkan diri. Jumpa di sana nanti!

Info lanjut PTI 2023, layari https://ikram.org.my/pti2023/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia