Psikologi: Salah faham dan aplikasi dakwah

Apabila seseorang memperkenalkan diri sebagai pelajar atau graduan psikologi,  biasanya mereka akan menerima salah satu daripada reaksi berikut: 

 

“Oh, bidang kaunseling atau psikiatri ya?”

 

“Eh, saya kena berhati-hati apabila bercakap dengan anda ni. Tentu anda sedang menganalisis setiap patah perkataan saya sekarang.”

 

“Anda pasti pandai membaca fikiran dan minda orang, kan?” 

 

“Bolehlah jemput buat ceramah motivasi nanti ya?” 

 

“Saya nak mintak tolong psycho sikit anak (atau suami, isteri, kawan, atau pekerja) saya boleh tak?”

 

Sebenarnya, kelima-lima persepsi di atas terhadap psikologi adalah tidak benar.  

 

Psikologi adalah satu ilmu yang bersifat saintifik yang mengkaji tentang tingkah laku, proses mental dan emosi. Tidak disebut perkataan penyakit mental dalam definisi ini sebab itu hanya satu aspek daripada bidang psikologi. 

 

Dalam Islam, ilmu psikologi turut mengambil kira aspek rohani atau spiritual dalam memahami dan mengurus tingkah laku, proses mental dan emosi. 

 

Al-Quran dan hadis-hadis sahih banyak memaparkan tentang tingkah laku dan proses manusia, dan kadang-kadang disebut secara langsung atau tidak langsung tentang pelbagai faktor. 

 

Faktor-faktor seperti pemikiran tidak sedar, persekitaran, kendiri, kognitif, malah fisiologi ada disebut. Sudah tentulah faktor jiwa seperti iman, takwa, kufur, nifaq dan lain-lain mempunyai pengaruh yang sangat besar.

 

Dan sebut tentang tingkah laku, mental dan emosi, bukankah dakwah itu satu usaha untuk mengubah tingkah laku, mental dan emosi ke arah yang lebih baik?

 

Dakwah yang efektif memerlukan ilmu psikologi dan ia bukan suatu yang asing dalam al-Quran, Sunnah, dan sirah nabi-nabi terdahulu dan sirah golongan salaf al-salih

 

Subbidang Psikologi Asas

 

Setiap pelajar psikologi perlu belajar subbidang psikologi asas terlebih dahulu.  

 

Mari kita lihat bagaimana ilmu daripada subjek-subjek tersebut boleh membantu meningkatkan kualiti kerja-kerja dakwah kita. Tapi jangan lupa bahawa Allah SWT sahajalah yang berhak menentukan sama ada usaha-usaha kita membuahkan hasil dakwah yang diimpikan ataupun tidak. 

 

1. Metodologi kajian psikologi dan statistik – bagaimana mendapatkan dan menganalisis data tentang dakwah, pendakwah dan masyarakat untuk membuat kesimpulan yang lebih tepat dan membuat perancangan dakwah yang lebih baik?

 

2. Psikologi fisiologi – bagaimana kita boleh menggunakan maklumat tentang genetik, sel saraf, struktur dan peranan bahagian-bahagian otak serta hormon untuk merancang dan melaksanakan strategi dakwah berbeza mengikut individu dan segmen tertentu dalam masyarakat? 

 

3. Psikologi deria dan persepsi – bagaimana menggunakan prinsip deria dan persepsi untuk meningkatkan proses penderiaan pendakwah dalam mempelajari ilmu Islam dan skil dakwah dan untuk meningkatkan proses penderiaan orang ramai untuk menerima mesej dakwah?

 

4. Psikologi kesedaran atau consciousness – bagaimana menggunakan teori kesedaran, tidur dan mimpi serta maklumat tentang dadah dan meditasi untuk merancang waktu tidur dengan baik, merancang program pencegahan/rawatan ketagihan, dan meningkatkan kualiti tafakur dan zikir pendakwah dan orang ramai. 

 

5. Psikologi pembelajaran – bagaimana mengubah tingkah laku pendakwah dan orang ramai kepada yang lebih baik?

 

6. Psikologi kognitif – bagaimana meningkatkan daya ingatan/memori, skil penyelesaian masalah, teknik berfikir, kecerdasan, dan bahasa pendakwah dan orang ramai.

 

7. Psikologi motivasi dan emosi – bagaimana mengambil kira keperluan/motif hidup dan emosi manusia apabila merancang dan melaksanakan kerja-kerja dakwah? 

 

8. Psikologi perkembangan –  bagaimana mengambil kira perkembangan fizikal, kognitif, sosial, moral dan gender dalam merancang dan melaksanakan dakwah kepada kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua? 

 

9. Psikologi personaliti – bagaimana mengambil kira personaliti pendakwah dan orang ramai untuk meningkatkan keberkesanan dakwah? 

 

10. Psikologi bilazim (abnormal) – bagaimana mencegah berlakunya masalah mental atau berinteraksi dengan pendakwah atau orang ramai yang ada masalah mental? 

 

11. Psikologi sosial – bagaimana mengubah diri pendakwah dan orang ramai di latar sosial dengan cara memahami isu-isu seperti kasih sayang, kelangsangan (agresi), memberi bantuan/pertolongan, membuat sangkaan, pengaruh sosial dan lain-lain? 

 

Subbidang Psikologi Gunaan

 

Bidang psikologi bukannya kaunseling.  Malah ramai pelajar yang terkejut sebab terpaksa belajar psikologi biologi, psikologi kognitif, metodologi kajian dan (“Oh, tidak!”) statistik.  Tapi pelajar psikologi juga ada pilihan untuk belajar subbidang psikologi gunaan untuk diaplikasikan dalam dakwah dan kehidupan.  

 

1. Psikologi klinikal – bagaimana mengetahui sama ada masalah mental yang sedang dihadapi oleh orang lain memerlukan rawatan pakar sama ada daripada ahli psikologi klinikal atau pakar perubatan psikiatri?

 

2. Psikologi kaunseling – bagaimana menggunakan teknik asas kaunseling untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain dan mengetahui bila masalah tersebut perlu dirujuk kepada kaunselor, ahli psikologi kaunseling dan pekerja sosial?

 

3. Psikologi pendidikan – bagaimana meningkatkan skil guru/murabbi dan potensi pembelajaran di sekolah-sekolah Islam atau program-program dakwah.

 

4. Psikologi kejuruteraan – bagaimana memilih rekabentuk alatan yang digunakan untuk dakwah yang boleh meningkatkan prestasi, keselesaan, dan keselamatan pendakwah dan orang ramai? 

 

5. Psikologi persekitaran – bagaimana mewujudkan persekitaran atau bi’ah yang baik untuk keberkesanan program dakwah.

 

6. Psikologi forensik/jenayah/undang-undang – bagaimana mengurus pihak yang terlibat dalam proses undang-undang (agensi cegah jenayah, polis, penyiasat, peguam, saksi, juri, hakim, pegawai penjara dan lain-lain) supaya pelaksanaan undang-undang syariah bukan sahaja adil tapi juga dilihat adil.

 

7. Psikologi kesihatan – bagaimana mengamalkan tabiat yang sihat atau membantu pendakwah dan orang ramai yang sakit untuk mengurus kesakitan atau penyakitnya dengan cara yang meningkatkan iman dan kesan psikologi yang positif.

 

8. Psikologi industri/organisasi – bagaimana memastikan pencapaian prestasi dakwah dan kesejahteraan pendakwah yang tinggi.

 

9. Psikologi sukan – bagaimana memastikan aktiviti sukan pendakwah mencapai objektif persediaan fizikal untuk kerja dakwah yang memerlukan tenaga fizikal.

 

10. Psikologi kepenggunaan – bagaimana memastikan ‘produk’ Islam boleh dipasarkan secara efektif kepada orang ramai.

 

11. Psikologi politik – bagaimana pendakwah boleh mengurus landskap politik dari sudut polisi, kepemimpinan, hubungan kelompok dan etnik, sikap dan motivasi pengundi, patriotisme dan ekstremisme politik. 

 

12. Psikologi agama – bagaimana memahami tingkah laku ibadah dan keagamaan seperti ateisme, murtad, tingkah laku mencari-cari kebenaran, ajaran-ajaran sesat, sikap ekstrem dalam beribadah, sikap lalai dalam beribadah, menambah-nambah bid’ah dalam bab ibadah, dan efek positif iman dan ibadah. 

 

13. …dan banyak lagi. 

 

Jika berkesempatan, saya akan menulis lagi bagaimana setiap subbidang psikologi ini membantu kita dalam membangunkan diri, keluarga, kerjaya, masyarakat dan negara sebagai seorang insan, Muslim, mahupun pendakwah.

 

Dr Alizi Alias
Kolumnis Portal IKRAM
Ahli Psikologi Organisasi dan Pengerusi Psikospiritual IKRAM (P.S.I)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia