PRU15: Siapa PM10 Pilihan Anda?

PRU15: Siapa PM10 Pilihan Anda? | IKRAM

PRU15 yang bakal berlangsung adalah PRU bagi segala PRU. Ia bakal membariskan tiga pilihan Perdana Menteri dengan tiga gabungan parti yang utama iaitu Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang baru muncul akibat Langkah Sheraton pada tahun 2020.

‘Adik bongsu’ Gerakan Tanah Air juga tidak kurang bersemangat untuk mengembalikan Perdana Menteri buat kali ketiga iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

PRU15 adalah PRU memilih Perdana Menteri ke-10 (PM10). Siapakah Perdana Menteri idaman yang dipercayai rakyat untuk memimpin Malaysia? Siapakah Perdana Menteri  yang menjaga rakyat tanpa mengira bangsa dan agama?

Siapakah Perdana Menteri yang akan memberi keyakinan kepada pelabur luar untuk melabur di Malaysia? Siapakah Perdana Menteri yang mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kuasa, harta dan mengayakan ahli keluarga serta kroni-kroni?

Semua ini bergantung kepada gabungan parti mana yang dominan yang akan memenangi majoriti mudah iaitu 112 kerusi bagi 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Gabungan parti yang mendapat 112 bakal membentuk kerajaan dan membariskan menteri-menteri. 

Kementerian-kementerian bakal menguruskan dana-dana yang diperuntukan dalam bajet. Di sinilah peri pentingnya amanah dan kejujuran dalam menguruskan peruntukan untuk pembangunan negara dan rakyat.

Andai kata tiada gabungan yang mendapat majoriti mudah, apakah yang akan berlaku? Perlu berlaku kesepakatan. Siapa yang boleh membuat kesepakatan dan membentuk majoriti mudah, ia akan membentuk kerajaan sebagaimana yang berlaku setelah Langkah Sheraton.

Kerajaan yang dibentuk mungkin rapuh, tidak stabil dan boleh dimanipulasi walaupun RUU Anti Lompat Parti telah wujud. Ini kerana RUU Akla Lompat Parti tidak membenarkan individu melompat parti, namun sekiranya parti itu sendiri yang menarik sokongan, ia tidak termaktub dalam RUU Anti Lompat Parti.

Mengapa ini seperti sangat rumit untuk difahamkan? Bahasa mudahnya, pilihlah gabungan yang benar-benar dapat membentuk kerajaan. Perlu ada satu gabungan yang dominan memenangi 112 kerusi demi membentuk kestabilan politik. 

Oleh itu, kepada rakyat Malaysia, nilai calon gabungan parti-parti yang bertanding untuk memegang tampuk kerajaan. Anda boleh pilih kepimpinan yang bagaimana untuk memimpin negara ini dan berkhidmat untuk rakyat.

Anda boleh tentukan sama ada kerajaan yang ada ini telus, berintegriti, sentiasa memikirkan kebajikan rakyat, jauh sekali daripada pecah amanah, rasuah dan mementingkan selera, nafsu dan poket mereka demi kesenangan hidup dengan harta rakyat dan negara!

Hak di tangan anda! Satu undi anda bakal penentu nasib kita dan negara kita untuk lima tahun akan datang!

Siti Hamisah Manan
Ketua Jabatan Penyiaran dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia