PRU15: Panduan Mengundi Yang Perlu Anda Tahu

PRU15: Panduan Mengundi Yang Perlu Anda Tahu | IKRAM

Pada 19 November, rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab mengundi PRU15 menentukan mandat pada kerajaan yang bakal memerintah.

Berikut adalah perkara-perkara yang penting dan perlu diketahui agar pengundi kekal layak mengundi dan tidak melanggar undang-undang secara sengaja atau tanpa niat.

1. Bawa kad pengenalan

Tanpa kad pengenalan, anda tidak akan dibenarkan mengundi. Kad Pengenalan akan diperiksa oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk mengesahkan identiti pengundi sebelum diizinkan untuk membuang undi.

2. Berpakaian sopan dan tidak mengenakan pakaian yang ada nama calon, lambang atau simbol parti politik

Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyebut dalam jarak 50 meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, dilarang memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

3. Tidak mengambil apa jua makanan, minuman daripada sesiapa 

Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mengatakan bahawa memberi atau menerima tawaran makanan, minuman atau barangan adalah salah kerana boleh dianggap berniat mempengaruhi undi.

4. Penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi tidak dibenarkan

Terkini, SPR tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran). Pengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi.

5. Semak kertas undi

Pastikan kertas undi yang diterima tidak rosak, koyak, disalah cetak atau dicemari dengan apa jua bahan.

Pegawai stesen mengundi akan melakukan cop ke atas kertas undi dan pastikan ia dicop hanya dalam lingkungan yang diperuntukkan pada kertas undi. Pengundi berhak meminta kertas undi baharu sekiranya merasakan kertas undi yang diberi ada unsur yang mencurigakan.

6. Pangkah dengan betul

Undi rosak terjadi sekiranya kertas undi dipangkah dengan cara salah. Pangkah ‘X’ secara jelas pada kotak calon yang mahu dipilih tanpa melampaui sempadan kotak. Sebarang tanda selain ‘X’ mengakibatkan undi tidak sah.

7. Jangan masukkan benda asing di dalam peti undi

Hanya kertas undi yang diberi pegawai tempat mengundi sahaja yang dibenarkan untuk dimasukkan di dalam peti undi. Sekiranya memasukkan kertas lain atau apa sahaja benda asing, pengundi boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

8. Larangan bawa keluar kertas undi

Seksyen 3(1)(h) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 melarang tegas kertas undi dibawa keluar dari stesen mengundi oleh pengundi.

9. Tidak boleh menunggu atau bersiar-siar di kawasan mengundi

Seksyen 26(1)(e)(iv) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyatakan, tiada seorang pun boleh, pada hari atau hari-hari penamaan, menunggu atau berdiri dalam jarak 50 meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi. Ini termasuk juga tidak dibenarkan mempengaruhi atau mencegah orang lain daripada mengundi.

Para pengundi perlu mengambil perhatian terhadap apa yang perlu dibuat dan larangan yang tidak dibenarkan dibuat semasa hari mengundi. Ini sangat penting terutamanya untuk pengundi kali pertama.

Rujukan:
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Portal Rasmi SPR

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia