Program Pembangunan Muwajjih Tarbawi Nasional perkasa tarbiah IKRAM

Dalam ucapan perasmian, beliau mengharapkan program ini sebagai satu usaha untuk memperkasakan tarbiah IKRAM. Program ini sebagai satu usaha asas dalam pembangunan manusia yang menjadi landasan kepada seluruh usaha-usaha IKRAM.

Katanya, kita perlu membangunkan manusia supaya kita boleh mencetuskan berbagai-bagai inisiatif untuk menggerakkan agenda perubahan di negara ini.


“Yang akan menggerakkannya (perubahan) manusia. Jadi, manusia ini mestilah yang ada visi, yang ada misi, manusia yang aktif di medan, memiliki inisiatif untuk menggerakkan agenda tersebut,” tambahnya.

Program tiga hari dua malam ini bermula Jumaat lalu hingga tengahari Ahad ini, telah disertai 80 peserta yang dipilih oleh Jawatankuasa Tarbiah Negeri di seluruh negara berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Turut hadir dalam perasmian ialah Naib Presiden IKRAM, Ustaz Wan Subki Wan Salleh, Pengerusi JK Tarbiah, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria dan Ahli JKP, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai muwajjih tarbawi yang terlatih di seluruh negara.


Projek perintis melatih pemberi taujih yang akan menjadi tempat rujukan berkenaan tarbiah dan meyampaikan bahan-bahan tarbiah ini akan berjalan selama dua tahun dan peserta akan berjumpa setiap dua bulan sepanjang tempoh tersebut.

Dalam program ini, para muwajjih telah melalui beberapa latihan berbentuk TOT (Training of Trainers) termasuk penyampaian tajuk Intima’ Yang Benar Terhadap Dakwah, Peta Amal Jamaah, Risalah Ta’alim, serta perkongsian oleh muwarrith, iaitu mereka yang mempunyai pengalaman yang lama dalam medan tarbiah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia