Presiden sepenggal: Sikap Trump yang memakan diri

Rakyat Amerika Syarikat (AS) telah memilih Joe Biden daripada parti Demokrat sebagai Presiden AS ke-46 dan menumbangkan Donald Trump daripada parti Republican dalam plihan raya negara itu baru-baru ini.

 

Dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation‘, kejayaan ini membolehkan Biden, 77, menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua.

 

Dalam pilihan raya itu, Biden memperoleh 284 undi elektoral manakala Trump hanya meraih 214 undi elektoral. Menurut laporan AP, kerusi terakhir dimenangi Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral, bagi melepasi angka 270 untuk menang.

 

“Amerika, saya merasa terhormat anda telah memilih saya untuk memimpin negara kita yang hebat.”

 

“Kerja di hadapan kita akan sulit, tetapi saya berjanji kepada anda: Saya akan menjadi Presiden bagi semua rakyat Amerika – baik anda memilih saya atau tidak.”

 

“Saya akan menjaga keyakinan yang telah anda tempatkan kepada saya.”

 

Begitulah respons awal Biden, yang merupakan presiden tertua yang dipilih dalam sejarah AS. Naib Presiden AS pula bakal disandang Kamala Harris, menjadikan beliau wanita pertama di AS yang memegang jawatan itu.

 

Apa cerita Trump? Beliau masih belum menerima kekalahannya, malah bakal mencabar kemenangan Biden di mahkamah kononnya ada penipuan dalam pilihan raya itu.

 

Sikap sebegini sesuai dengan karakternya yang tidak mendengar kata, bercakap sesuka hati tanpa fakta dan provokatif. Keputusan pilihan raya belum habis dikeluarkan secara rasmi pun beliau sudah isytihar yang beliau menang.

 

Sikap beliau ini sahaja sudah mencerminkan kekalahannya. Mengapa Trump kalah? Sebenarnya sudah ada analisis yang menjangka dan menghidu lebih awal kekalahan Trump.

 

Kekalahan Trump sudah dijangka

 

Analisis Oxford Economics pada Mei lalu melalui laporan berita Daily Mail (UK) meramalkan bahawa Trump akan kalah dalam pilihan raya 2020 dengan unjuran 35 peratus undi popular berikutan kemelesetan ekonomi AS di tengah-tengah krisis COVID-19.

 

Ramalan ini berdasarkan pada KDNK negara itu yang jatuh sebanyak 4 peratus pada akhir 2020 berbanding 2019 seperti yang dilaporkan Washington Post.

 

Bahkan, profesor sejarah AS, Allan Lichtman turut menjangkakan perkara yang sama pada Ogos lalu dalam satu temu ramah bersama CNN dengan sistem ’13 kunci’nya merangkumi beberapa faktor seperti ekonomi, sandangan jawatan, rusuhan sosial dan skandal serta karisma peribadi calon.

 

“Kunci-kunci itu menjangkakan bahawa Donald Trump akan hilang Rumah Putih tahun ini,” ujar Licthman yang sentiasa menepati jangkaannya dalam setiap pilihan raya AS sejak 1984.

 

Faktor kekalahan Trump selain ekonomi

 

Selain faktor ekonomi, ada beberapa faktor lagi yang membawa kepada kekalahan Trump antaranya:

 

1. Gagal tangani COVID-19

 

Respons Trump terhadap pandemik ini lambat dan mengecewakan, dan beliau telah berulang kali menyatakan keyakinan bahawa pandemik ini telah berakhir. Kengganannya untuk membuat pelan tindakan yang komprehensif bersama pakar-pakar perubatan telah meragut ribuan nyawa di AS.

 

2. Kepimpinan dan mesej yang membawa perpecahan

 

Trump memperoleh keuntungan politik dengan memanfaatkan ketakutan rakyat kulit putih bahawa mereka akan kehilangan hak dan kuasa. Beliau juga melakukan serangan jahatnya terhadap lawan politik, bahkan dalam partinya sendiri, serangan terhadap media arus perdana dan pegangannya terhadap retorik ketuanan kulit putih yang telah melebarkan lagi jurang antara masyarakat.

 

Tinjauan CBS News menunjukkan bahawa sebanyak 87 peratus pengundi kulit hitam dan 66 peratus pengundi Latin memilih Biden sementara 12 peratus pengundi kulit hitam dan 32 peratus pengundi Latin memilih Trump.

 

3. Islamofobia

 

Beliau telah meluluskan larangan kemasukan rakyat tujuh negara umat Islam ke AS dan mengaitkan Islam dengan terorisme, yang telah menyemarakkan lagi sentimen Islamofobia dan kebencian terhadap umat Islam di AS dan dunia.

 

Akibatnya, Islamofobia menjadi normal, masjid menjadi sasaran serangan dan pelajar Muslim dibuli pelajar kulit putih di negara itu. Walaupun Muslim di sana adalah minoriti tetapi undi mereka amat signifikan dan telah menjadi punca kepada kekalahan Trump apabila majoriti mereka mengundi Biden.

 

Tinjauan badan hak asasi dan advokasi Muslim terbesar AS, The Council on American-Islamic Relations (CAIR) mendapati 69 peratus pengundi Muslim memilih Biden dan hanya 17 peratus memilih Trump.

 

4. AS dan komuniti antarabangsa

 

Gagasan ‘America First’ dan dasar luar yang cacamarba telah mengancam kedudukan AS di dunia dan melemahkan tindakan kolektif terhadap isu-isu utama seperti perubahan iklim termasuklah menarik diri daripada WHO, Perjanjian Paris dan perjanjian antarabangsa lain.

 

Kesimpulan

 

Sebenarnya masih banyak faktor lain yang menyumbang kekalahan Trump. Namun, empat faktor di atas sudah cukup memakan dirinya untuk rakyat AS memaksanya keluar daripada Rumah Putih selepas sepenggal mentadbir.

 

Pengajaran untuk Malaysia? Rakyat jangan lagi memilih pemimpin yang tidak kompeten, tiada integiriti dan tidak berwibawa untuk mentadbir negara kerana ia boleh membawa kepada ketidakstabilan dan boleh menghalang pemacuan kemakmuran negara ke arah yang lebih baik.

 

Mohammad Hafizuddin bin Abdul Mukti
Jabatan Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

 

Rujukan:

1. Daily Mail UK

https://www.dailymail.co.uk/news/article-8343453/Trump-lose-2020-election-landslide-new-model-predicts.html

2. CNN

https://edition.cnn.com/2020/08/07/us/allan-lichtman-trump-biden-2020-trnd/index.html

3. CBS News

https://www.cbsnews.com/news/election-2020-exit-poll-analysis-how-biden-became-the-projected-winner/

4. The Council on American-Islamic Relations (CAIR)

https://www.cair.com/press_releases/breaking-news-cair-exit-poll-shows-american-muslims-vote-in-record-numbers-69-voted-for-biden/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia