Presiden ajak semua pihak bersatu sokong rakyat Syria

“Seseorang pemimpin negara sewajarnya dipilih oleh rakyat, malah pemerintah harus berperanan melindungi, bukan menzalimi rakyat. Namun di Syria hal sedemikian tidak berlaku,” katanya.

“Di Syria pemerintahan adalah secara diktator. Hari-hari kita mendengar rakyat yang menuntut perubahan dibunuh, diseksa, dicederakan, malah pelbagai lagi tindakan tidak berperikemanusiaan. Mereka yang terkorban turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak. Bagaimana rakyat mahu duduk di bawah pemerintahan begini?”

Menurut beliau, dengan perkembangan media baru, dunia tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka.

“Begitu jugalah halnya dengan isu yang berlaku di Syria. Walaupun media utama antarabangsa tidak memberikan liputan yang sewajarnya terhadap apa yang berlaku di Syria, namun rakyat dapat juga mengetahui perkara sebenar yang berlaku melalui media sosial terkini seperti Facebook dan Youtube,” ujar beliau dalam sidang media Gabungan Selamatkan Syria yang diadakan di Hotel Putra di sini, baru-baru ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Naib Presiden 2 Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Mohd Sabbri Md Yudin, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim, Setiausaha Agung Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Nahar Md. Nor dan Pengerusi Sekretariat Gabungan Selamatkan Syria, Naim Jusri.

Pada akhir ucapannya Dr Mohd Parid memberikan penekanan bahawa sebagai umat Islam kita harus turut sama merasai kesakitan yang sedang dihadapi oleh saudara seislam yang lain.

“Justeru, IKRAM meyakini bahawa langkah ke hadapan adalah kita mesti bersatu dalam membantu rakyat Syria yang kini sedang dalam penderitaan. Semua rakyat di negara ini sama ada Islam atau bukan Islam juga harus bersama dalam usaha ini atas prinsip kemanusiaan,” kata beliau.

Gabungan Selamatkan Syria yang dianggotai 27 NGO mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengambil pendirian dan tindakan yang lebih tegas terhadap kezaliman rejim Bashar Asad. Gabungan ini rakyat Malaysia dari pelbagai kaum untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan aman pada hari Jumaat ini (esok) jam 2.00 petang di Kedutaan Syria, Jalan U-Thant, Ampang bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Syria.

27 NGO yang menganggotai Gabungan Selamatkan Syria adalah:

1. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
4. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
5. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
6. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
7. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
8. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
9. Syrian Student Association
10. DACS Shah Alam
11. Global Peace Malaysia (GPM) 12. World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia
13. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
14. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
15. Era Consumer
16. Saya Anak Bangsa Malaysia(SABM)
17. Layyers For Liberty (LFL)
18. Community Action Network (CAN)
19. Persatuan Masyarakat Wilayah Persekutuan dan Selangor (PERMAS)
20. Tenaganita
21. Muslim Professional Forum (MPF)
22. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
23. All Women Action Society (AWAM)
24. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
25. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
26. Malaysian Physicians for Social Responsibility (MPSR)
27. Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN)

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia