PPN terakhir JIM sederhana tetapi meriah

Perhimpunan dibuka dengan alunan ayat-ayat al-Quran yang dibaca indah di hadapan kira-kira 200 perwakilan oleh Muhammad bin Ahmad Zahid, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak.

Pasangan pengacara, Sdr Che Zam Hamzah dan Sdr Ahmad Nizam Samsudin yang mengendalikan majlis dengan baik sempat mengungkapkan beberapa rangkap pantun sebelum menyerahkan majlis kepada Pengerusi Tetap PPN Hj Ainol Azhar Jamil dan timbalannya Hj Ibni Khalid Jurait.

PPN kali ini mungkin merupakan yang terakhir kerana selepas ini semua aktiviti JIM akan dilaksanakan di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). IKRAM merupakan konsolidasi beberapa organisasi yang bersetuju bergabung dan akhirnya mendaftarkan IKRAM pada 22 Oktober 2009. Bagaimanapun IKRAM dilancarkan dengan rasminya pada 20 Jun 2010.

Selain JIM, gabungan organisasi yang membentuk IKRAM adalah Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH), Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS) dan Aqsa Syarif Berhad.

Setiausaha Agung JIM, Hj Nahar Md Nor dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan kehadiran seluruh perwakilan, tetamu dan pemerhati pada hari ini. Antara tetamu yang hadir adalah mantan Presiden pertama JIM YB Hj Saari Sungib yang juga merupakan ADUN Hulu Kelang, mantan Presiden kedua Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, mantan Ketua Wanita yang juga ahli parlimen Kuantan YB Hjh Fuziah Salleh dan mantan Naib Presiden Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin yang juga Pengarah Negara Islamic Relief Malaysia.

Sementara itu, dalam sidang media yang dihadiri barisan utama pimpinan JIM, Presiden JIM Zaid Kamaruddin menjelaskan bahawa pembubaran JIM bukanlah disebabkan berlaku masalah, tetapi merupakan proses kesinambungan dakwah bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

“IKRAM ditubuhkan berdasarkan pengalaman kita berdakwah. Penubuhannya distrukturkan supaya ahli-ahli IKRAM dipastikan menjalani proses tarbiah sewajarnya, dan pelantikan mana-mana ahli untuk memegang sesuatu jawatan mestilah berdasarkan kewibawaan sebenar, bukan atas dasar populariti dan sebagainya,” jelas Zaid.

Bagaimanapun, tambahnya, transformasi JIM kepada IKRAM tidak akan menjadikan ahli JIM sebagai ahli IKRAM secara automatik, bahkan setiap ahli JIM perlu memohon untuk menjadi ahli IKRAM. Sehingga kini, sebahagian ahli JIM yang berjumlah lebih 10,000 orang telah pun menjadi ahli dan aktivis IKRAM. Ahli IKRAM yang berdaftar sekarang telah berjumlah lebih 6,000 orang.

“Kita menjangkakan transformasi JIM kepada IKRAM ini akan selesai dalam masa enam bulan (dari sekarang). Yang penting kita mahu pastikan pemindahan aset alih (seperti wang, hutang), aset tak alih (seperti bangunan) dan aset maknawi (seperti aktiviti dakwah) berjalan lancar, kemas dan tiada masalah besar,” kata Presiden JIM itu.

Timbalan Presiden, Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan pembubaran JIM bukanlah membawa makna kesedihan dengan imbauan nostalga dan kenangan, sebaliknya ia adalah satu lonjakan positif dalam aktivisme dan dakwah. Ketua Wanita, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim pula berkata, transformasi JIM kepada IKRAM diharap akan membuka ruang yang lebih dari segi tenaga dan kepakaran aktivis untuk bergerak di tengah masyarakat.

Perhimpunan Perwakilan Wanita (PPWN) JIM diadakan di tempat yang sama semalam.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia