PPE dijahit sukarelawan, 300 set diserah esok

Jelasnya, projek ini bermula apabila beliau membaca status rakannya, Dr Asma Afifi mengenai aktiviti menjahit PPE di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, kemudian terus menghubunginya dan mula menjahit esoknya.

 

“Saya sangat teruja dan terharu dengan bilangan sukarelawan warga emas yang masih sihat dan bertenaga dan sangat bersemangat membantu dengan ikhlas Lillahi Taala,” ujarnya yang juga seorang doktor pakar anaestesiologi.

 

Antara PPE yang telah siap dijahit

 

 “Masya-Allah, moga Allah beri ganjaran sebaik-baiknya untuk mereka, beramal tanpa mengira usia. Ramai juga sukarelawan daripada kumpulan usahawan dan tukang jahit yang tidak boleh bekerja semasa PKP.”

 

Tambahnya, apabila beliau nyatakan hasrat projek ini dalam kumpulan Whatsapp sahabat-sahabat dan Facebook sendiri, rupanya ramai juga teruja membantu tetapi mempunyai kekangan untuk ke hospital kerana PKP.

 

“Dari situ bermulalah cetusan idea untuk kami mulakan pusat baru di lokaliti kami dan menjemput sahabat kami sama-sama menjahit,” sambungnya.

 

Menurutnya, Pengerusi IKRAM Health Johor, Dr Siti Kamariah Othman, seorang yang amat bersemangat dan bertenaga, telah mengetuai usaha bagi menjayakan Projek PPE IKRAM Johor.

 

Bagi Dr Murniati, antara perkara paling susah dalam projek ini adalah mencari material yang mempunyai permintaan tinggi dan harga naik mendadak setiap hari. Bahan seperti pola baju, hood dan boot cover, pihaknya terpaksa memohon ihsan pasukan HSA.

 

Katanya, usaha menjahit PPE ini telah berlangsung dua minggu yang dibantu oleh aktivis Wanita IKRAM yang terdiri daripada ramai warga pesara dan beberapa orang anak muda.

 

 

20 gulung lagi kain untuk PPE telah tiba di Pejabat IKRAM Johor beberapa hari lalu  

 

“Sekarang ini projek kami dah selesai menjahit tiga gulung (300 meter per gulung) dan ada 20 gulung lagi (6,000 meter) untuk diusahakan.

 

“Doakan kami sentiasa istiqamah, ikhlas dan bertenaga untuk menjayakan projek PPE untuk barisan hadapan kita berjuang melawan COVID-19.”

 

Menurut sumber daripada IKRAM Johor, serahan pertama 300 set PPE akan dilaksanakan esok, 30 April di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun brahim, Kulai.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia