Apa itu ‘positive toxicity’?

Kadang tanpa sedar, kita termasuk dalam lingkungan mereka yang sebegini rupa dan tanpa kita minta, kita jadi sebahagian daripadanya.

 

Positive toxicity (PT) ini adalah keadaan di mana jika apa pun berlaku, kita perlu sentiasa bersikap positif dan menerimanya. Nampak begitu bagus bukan? Tapi sebenarnya tindakan ini menidakkan perasaan, emosi dan sunnatullah hidup aturan sebagai seorang manusia.

 

Sebagai contoh, mereka yang PT ini, jika berlaku kesulitan atau kesusahan mahupun kematian, akan menggesa supaya “Lihatlah daripada perspektif yang positif.”

 

Maka dia akan keluarkan ayat, “Bila awak susah, ada orang lagi yang lebih susah!” atau “Dulu saya lebih susah dari awak tau, tapi boleh je survive.”

 

Jika berlaku kematian, dia akan berkata, “Syukurlah anak awak meninggal di usia muda, masuk syurga terus dan awak tak payah risau” atau “Jangan menangis, Allah lebih sayangkan dia.”

Siapa nampak apa masalahnya?

 

Ini sudah berakar umbi dalam masyarakat kita. Sedar atau tidak, kita menidakkan emosi orang; tidak boleh rasa marah, tidak boleh rasa kecewa, tidak boleh rasa sedih, sedangkan Rasulullah Salallahualaihiwasallam juga bersedih ketika wafatnya Saidatina Khadijah RA dan bapa saudaranya, Abu Talib.

 

Bahkan ketika Rasulullah Salallahualaihiwasallam wafat, Umar RA dikatakan menghunus pedang mengancam ingin memancung sesiapa sahaja yang mengatakan “Muhammad telah mati”.

 

Sehingga Abu Bakar RA yang lembut tutur bicaranya memujuk menenangkan lalu mengingatkan bahawasanya Rasulullah Salallahualaihiwasallam juga adalah manusia yang secara alaminya akan meninggal dunia, hingga jatuhlah pedang Umar RA, dan menangislah beliau.

 

Nak katanya, cuba bayangkan kalau orang PT yang pergi tenangkan Umar ketika itu, tentu sudah selamat dipancung agaknya.

 

Memujuk dan nasihat

 

Ada cara memujuk, ada cara memberi nasihat, bergantung kepada orang yang ingin dinasihati. Sebaiknya diam dan hanya mendengar, berkata kalau diminta nasihat, bukan sesedap rasa menjadi orang PT yang ‘angkuh’.

 

Kenapa saya kata angkuh?

Sebab kadang yang PT ini hidupnya di rumah serba-serbi mewah, wang mengalir setiap waktu, tidak pernah berlapar, tidak pernah menderita meminjam wang, tidak pernah melihat anak menangis kelaparan, namun asyik menyalahkan orang awam yang tidak ‘syukur’ dan tidak ‘positif.’

 

Di mana empatinya? Mana perasaan? Musim sukar ini, berhenti jadi begini please!

Bantulah mana yang dapat semampunya. Jika memberi dalam diam lebih menjaga amal, soroklah. Jika memberi dalam terangan, mendatangkan inspirasi dan mengesankan, sebarkanlah.

 

Kalau kita juga tiba-tiba rasa tidak acknowledge perasaan sendiri, tidak appreciate perasaan orang lain, rasa bersalah kalau ada perasaan marah, sedih atau kecewa, pura-pura di sebalik perasaan sebenar, membandingkan kesusahan kita dengan orang lain yang lagi susah, itu juga tanda kita dah masuk jadi PT!

 

Apa yang patut nak buat?

Seharusnya, hargai dan acknowledge perasaan sendiri. Boleh saja rasa marah sedih, kecewa, geram tapi manage-lah, bukan menidakkan perasaan tu. Cari orang yang memahami dan paling penting, detox social media.  Insya-Allah, Allah akan bantu.

 

Yang pasti, jangan jadi PT tidak tentu hala. Dan tidak perlulah berkata, kalau diam itu lebih mendekatkan kita ke syurga!

Berwaspadalah kita.

 

Salwa Saleh

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia