PKP dan ibrah kekeluargaan daripada Surah Maryam

Kisah Nabi Zakaria AS

Nabi Zakaria sebagai seorang ayah yang risau dengan permasalahan umat. Adakah umat ini jadi lebih baik jika dia tiada? Baginda memikirkan dengan penuh kerisauan kerana beliau tiada anak, jadi dia risau tiada ada ahli keluarga yang boleh membimbing Bani Israel untuk memahami agama.

 

Beliau berfikir adakah akan ada suatu hari nanti anaknya yang boleh mewarisinya untuk bercakap dan menyampaikan kebenaran kepada masyarakat Bani Israel.

 

Persoalan untuk kita, kita usah bicara tentang masyarakat, tetapi adakah anak kita sendiri boleh atau tidak mewarisi kita untuk menyampaikan dakwah? Adakah ada pertambahan ilmu agama kepada anak-anak sepanjang cuti ini?

 

Kisah Nabi Yahya AS

Antara kisah yang panjang dalam surah ini adalah kisah Nabi Yahya AS. Ibrahnya, adakah anak kecil kita sudah diberi kefahaman agama yang mendalam? Jangan merendahkan anak-anak untuk memahami. Mereka ada kemampuan berfikir, manfaatkan ‘story telling’ sebelum tidur untuk cerita kepada anak-anak.

 

Nabi Yahya AS sejak usia kanak-kanak (sobiyya), beliau dikurniakan kefahaman agama, memahami kitab Taurat sepertimana diturunkan kepada Nabi Musa AS. Nabi Yahya AS berpegang kuat dengan kitab iaitu menguasai:

 

1. Ilmu – Faham kitab taurat

2. Amal – Mengamalkan kitab taurat

3. Menghafal kitab Taurat – Masih kecil tetapi sudah mampu menghafal wahyu

 

Kisah Maryam alaihassalam (AS)

Kisah sebaik-baik wanita, Maryam AS adalah antara empat orang wanita yang disebut oleh Nabi SAW. Apa kaitan kisah Maryam dengan ibrah musim PKP?

 

1. Kita perlu ada waktu beruzlah (mengasingkan diri) yang mana kita jauh daripada masyarakat.

Contoh yang berlaku kepada Maryam, beliau memasang tabir supaya tidak dilihat oleh kaumnya. Maryam seorang wanita yang berbakti kepada Masjid al-Aqsa, tetapi beliau memperuntukkan sehari atau beberapa waktu untuk beruzlah dan mengasingkan diri daripada keluarga dan kaumnya.

 

Teladan pada waktu PKP ini ialah apabila kita tidak boleh solat berjemaah di masjid, sepatutnya menyebabkan kita lebih ikhlas beribadat berseorangan. Semakin kuat Maryam beruzlah, semakin lazat ibadahnya.

 

2. Maryam juga mengajar kita agar menjadi anak dara yang menjaga maruah diri, menjauhi perbuatan tidak elok.

Semasa beruzlah, Allah mengujinya lalu diutuskan Jibril yang datang berupa lelaki yang kacak dan tampan. Apabila melihat lelaki kacak itu, Maryam berkata: “Inni ‘audzu birrahmaani minka in kunta taqiyya” yang bermaksud “Aku berlindung daripada Tuhan ar-Rahman daripada perbuatan kamu, sekiranya kamu bertakwa (pergi kamu dari sini).”

 

Maryam tidak pernah disentuh oleh lelaki. Apabila dih adapannya lelaki kacak, beliau menjaga maruah diri. Tanya diri kita, sejauh mana kita membesarkan anak-anak perempuan kita dengan kekuatan iman? Kerana ada waktu, kita tidak tahu apa yang anak-anak perempuan kita buat.

 

Anak-anak kita diuji dengan panggilan telefon dan media sosial daripada lelaki-lelaki yang tampan, adakah anak perempuan kita ada kekuatan untuk mengungkapkan ayat seperti Maryam?

 

3. Maryam mengajar kita jangan bercakap sesuatu yang boleh memberikan fitnah yang hanya memburukkan keadaan, lebih baik berpuasa mulut.

Berpuasa mulut bermaksud berpuasa daripada bercakap. Maryam berkata: “Inni nazartu lirrahmaani sauma, falan ukallimal yauma insiyya” ketika fitnah merata-rata dan orang mulut celupar. Dalam keadaan ini, alangkah baiknya berdiam diri seketika. Maryam menyerahkan kepada anaknya (Nabi Isa AS) untuk mempertahankan dirinya.

 

4. Maryam juga mengajar kita bahawa ibu ayah dan adik-beradik menjadi faktor dalam membina jati diri dan mencorak akhlak seseorang. ‘Stay At Home’ adalah faktor besar dalam membangunkan akhlak anak-anak.

Pertuduhan atau ‘prejudgement’ telah dilontarkan oleh Bani Israel kepada Maryam apabila ia membawa anaknya balik ke perkampungan Bani Israel.

 

“Wahai adik perempuan Harun” bermaksud Harun merupakan abang Maryam. Maryam ada ayah bernama Imran, ada ibu ayah dan Bani Israel berkata “ibumu bukan penzina”, ia adalah tuduhan yang berat.

 

Ayah, ibu atau abang mempunyai pengaruh besar dalam melahirkan karakter seseorang seperti Maryam. Mengapa Allah pilih Maryam untuk lahirkan zuriat tanpa lelaki? Allah dengan kebijaksanaan-Nya menentukan wanita mana.

 

Apa maksud nama Maryam dalam Islam? Maryam adalah nama asal dan dijadikan bahasa al-Quran. Maksud Maryam dalam bahasa Ibrani iaitu seorang wanita yang kuat ibadah, bersih suci hatinya dan istiqamah dalam ibadat.

Kisah Nabi Ibrahim AS

Baginda memperolehi anak yang menjadi keturunan para anbia melalui anaknya Ishak AS dan cucunya Yaakub AS.

 

Ibrahnya, belum tentu doa kita mustajab. Namun begitu, kita perlu sentiasa berdoa agar keturunan kita jadi ulama. Selain itu, ibu bapa juga perlu memberi ilmu kepada anak-anak.

 

Turut dikisahkan dalam surah ini bagaimana Nabi Ibrahim melalui tentangan daripada ayahnya sendiri, dihalau keluar rumah dan sebagainya.

 

Kisah Nabi Musa AS

Nabi Musa mendapat rahmat daripada Allah dengan dikurniakan abang yang menjadi tulang belakang perjuangan dakwahnya.

Adakah kita sudah cuba meramaikan jumlah anak-anak yang faham agama, sampai satu tahap boleh membantu satu sama lain supaya ramai yang memahami islam? Jangan buat kerja seorang, semangat adik-beradik juga perlu ada dalam membuat kebaikan.

 

Nabi Ismail AS

Baginda sentiasa konsisten memerintahkan ahli keluarganya ‘hablun minallah wa hablun minannas’, solat dan zakat. Adakah kita sudah menjalankan fungsi seorang ayah yang terbaik untuk menasihati keluarga untuk solat dan zakat?

 

Nabi Idris AS

Allah memberikan ilmu kepada Nabi Idris, baginda seorang yang benar dan Allah angkat kedudukannya sebagai nabi. Semasa di langit keempat semasa Israk Mikraj, Rasulullah SAW berjumpa dengan Nabi Idris.

 

Adab Berdoa: Ibrah doa Nabi Zakaria AS

M – Mohon/minta rahmat Allah (Ya Allah, limpahkanlah belas kasihan-Mu).

 

A – Abdikan diri sepenuhnya dengan meminta ampun daripada Allah (Ya Allah, ampunkanlah saya kerana saya gagal menjalankan tugasan sebagai hamba, banyak dosa/lalai).

 

R – Rendahkan suara ketika berdoa atau munajat (Allah suka kita berdoa dengan suara yang rendah).

 

Y – Yakin Allah Maha Mendengar (Pasti Allah akan mustajabkan doa bersesuaian dengan keadaan dan kekuatan kita. Terkadang Allah ada sebab untuk menangguhkan doa kita atau Allah tukar dengan perkara yang lebih baik).

 

A – Ajukan permintaan (Nabi Zakaria AS berdoa agar dikurniakan anak).

 

M – Meminta keredaan Allah (Supaya Allah beri keredaan kepada permintaan kita).

 

Kesimpulan

Surah ini menegaskan:

1. Allah Maha Esa yang tidak perlukan anak

2. Yang perlukan anak adalah Nabi Zakaria AS

3. Yang sakit melahirkan anak adalah Maryam

4. Allah tidak perlu anak

5. Allah tidak akan tua seperti mana Nabi Zakaria AS

6. Allah tidak melahirkan anak juga bermaksud Allah tidak pernah sakit

7. Yang perlukan anak adalah makhluk, bukan Khaliq (Pencipta) kerana makhluk apabila datang waktu tua perlu pelapis.

8. Maha Suci Allah, yang suci daripada sifat makhluk yang penuh kekurangan.

 

Catatan oleh Nik Fatma Amirah Nik Muhamad daripada ringkasan kupasan Ustaz Syaari Ab Rahman (Jurulatih Utama Tadabbur Centre).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia