PKP berjaya kawal penularan COVID-19

“Dari satu segi, perintah kawalan pergerakan yang kita ambil telah sedikit sebanyak berjaya mengawal penularan wabak ini,” kata beliau ketika menyampaikan perutusan khas hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau menyeru agar rakyat tidak terus berpuas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil pada masa ini sehinggalah negara ini berjaya mencatatkan sifar kes baharu.

 

“Kerajaan menjangkakan kes-kes baharu akan terus dicatatkan dalam masa yang terdekat,” ujarnya.

 

Jelas beliau, Kementerian Kesihatan telah melakukan persiapan dan jika berlaku pertambahan jumlah kes positif COVID-19 melebihi kapasiti yang ada di hospital, beberapa tempat telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat pengasingan dan kuarantin sementara.

 

Menurutnya, usaha-usaha akan terus dilakukan untuk mencegah penularan COVID-19 sehinggalah ia benar-benar dapat membendung wabak ini dengan cara memutuskan rantaian jangkitan sepenuhnya.

 

“Ini bermakna, pergerakan orang ramai mesti terus dikawal. Strategi kerajaan ialah untuk mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit COVID-19,” ujarnya lagi.

 

Justeru, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kapasiti untuk melakukan ujian saringan pada skala yang lebih besar. Ini termasuk melakukan ‘mass testing’ khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

 

“Dengan kata lain, kita ingin mencegah jangkitan. Strategi ini akan berjaya sekiranya orang ramai tidak terdedah kepada jangkitan virus ini menerusi pergaulan harian.

 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk di rumah bagi tempoh yang lebih lama.

 

Beliau turut mengumumkan dalam perutusan khas itu bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan dua mingga iaitu sehingga 14 April 2020.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia