PRN Johor: Pilih calon berintegriti

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan berlangsung tidak lama lagi dan tarikhnya dijangka diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada 9 Februari ini.

 

Lebih 2.5 juta pengundi di Johor layak mengundi termasuk penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

 

Dengan peningkatan jumlah pengundi dalam kalangan anak muda ini, diharapkan golongan ini mampu melakukan perubahan dalam situasi politik semasa di Johor.

 

Senario kali ini agak menarik dengan persaingan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), juga penyertaan pertama kali Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan kemungkinan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dalam PRN Johor.

 

Secara umum, tidak dapat dinafikan ada sebahagian anak muda dan rakyat yang mungkin berasa putus asa untuk mengundi lagi ekoran peralihan kerajaan persekutuan dan beberapa kerajaan negeri akibat Langkah Sheraton hampir dua tahun lalu.

 

Namun persoalannya, apa lagi pilihan yang ada untuk melakukan perubahan politik yang signifikan di negeri dan negara selain pilihan raya?

 

Langkah Sheraton memberi pengajaran pahit kepada rakyat agar memilih pemimpin yang benar-benar jujur, menghormati mandat rakyat, berintegriti dan tidak mementingkan diri sendiri.

 

Oleh itu, seruan agar calon-calon yang berpotensi bertanding dalam PRN Johor mengambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) adalah satu usaha yang jelas bagi mengukur kebolehpercayaan seseorang individu dan menjadi jaminan kestabilan kepada rakyat.

 

Ujian ini boleh menjadi nilai tambah dalam iltizam mereka membawa perubahan kepada rakyat yang memerlukan kelangsungan politik dan ekonomi yang lebih stabil di negara ini.

 

Menurut Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin, calon-calon tersebut seharusnya mengambil peluang untuk menduduki ujian psikometrik tersebut bagi membuktikan kepada parti masing-masing bahawa mereka layak menjadi calon.

 

Jelasnya, negara-negara yang berada di kedudukan 10 tertinggi dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menunjukkan mereka mempunyai ujian psikometrik yang perlu dilaksanakan untuk membawa mereka ke kedudukan yang stabil dan harmoni.

 

“Dalam konteks Malaysia, nilai integriti, kestabilan ekonomi dan politik menjadi keutamaan rakyat dan ujian ini dapat membantu proses pemulihan integriti kepimpinan negara,” tegasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

 

Sempena PRN Johor yang bakal tiba, para pengundi perlu melakukan perubahan untuk memilih calon yang benar-benar kompeten, berwibawa dan berintegriti untuk memperjuangkan nasib mereka.

 

Jika trend ini berlaku, mahu tidak mahu parti-parti yang bertanding selepas ini sudah pasti akan mengemukakan calon-calonnya yang terbaik dan benar-benar bersih untuk berkhidmat kepada rakyat.

 

Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko seseorang ahli parlimen atau ADUN itu daripada disogok dengan pelbagai habuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan, mengekalkan kestabilan kerajaan sekali gus menjana kemakmuran negeri dan negara.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia