Pesta COVID-19?

Aku teruskan membaca surat khabar walaupun ayat-ayat yang ku baca diproses dalam otakku makin menyucuk-nyucuk hati bagai sembilu.

 

Dasar manusia angkuh! Getusku dalam hati.

 

“Man dies after attending ‘Covid party’ and calling virus ‘hoax’, lapor sebuah akhbar.

 

Aku tak dapat menahan rasa sakit hati dalam diri. Ada juga manusia yang nak cuba betul ke COVID-19 ni senang merebak. Huh, tak kelakar. Ada juga manusia zaman serba maju ini merasakan informasi-informasi COVID-19 yang disahkan oleh kajian sains perubatan ini palsu!

 

“Mereka berkumpul beramai-ramai untuk melihat sama ada COVID-19 ini betul dan adakah kesan jangkitannya begitu cepat seperti yang dimaklumkan,” lapor akhabar itu lagi.

 

Gila! Memang gila. Orang gila seperti ini ada disebutkan pun dalam al-Quran:

 

“Dan mereka berkata: Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu. Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu sudah mendapat janji daripada Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?” (Al-Baqarah: 80)

 

Nah, sekarang kau rasakan. Nak cuba sangatkan? Samalah seperti Firaun yang mencabar Allah akhirnya tenggelam di Laut Merah, manakala mereka yang ingin mencuba COVID-19 ini betul atau palsu, maka akhirnya telah ditewaskan oleh wabak ini dengan izin Allah dan menemui ajalnya.

 

“Saya rasa saya telah membuat kesilapan. Saya rasa ianya (COVID-19) palsu, ternyata ia bukan palsu. Ia benar,” kata salah seorang peserta pesta ini.

 

Sebagaimana Firaun ,kebenaran itu telah terlambat! Maka beringatlah wahai manusia sebagai mana Allah memperingatkan:

 

“Dan mereka (yang meminta disegerakan azab) itu akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Adakah kedatangan azab yang dijanjikan itu benar? Jawablah: Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya ia adalah benar! Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya.” (Yunus: 53)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia