Pesta Buku Antarabangsa KL 2022: Sejuta Buku Untuk Dipilih!

Pesta Buku Antarabangsa KL 2022: Ada Sejuta Buku! | IKRAM

Benarkah rakyat Malaysia tidak gemar membaca buku? Atau dalam sisi lain dilihat, ia sekadar membelinya dan tersusun kemas di rak sebagai perhiasan?

Satu kajian telah dibuat oleh pasukan analisis Picodi.com, sebuah agensi kepenggunaan yang menjalankan kajian mengenai minat membaca dan membeli buku dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kajian itu menyatakan, sebanyak 76 peratus atau 18 juta rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas boleh diklasifikasikan sebagai sasaran pembaca buku yang berdaya beli.

“Sebanyak 22 peratus, bersamaan 5.5 juta pada kumpulan usia sama, menyatakan langsung tidak berminat dengan buku dan bahan bacaan.”

Menurutnya, angka 5.5 juta ini ialah purata responden yang dikaji dan menyatakan jawapan: “Tidak membeli walaupun sebuah buku sepanjang tahun 2018.”

Kajian ini turut menyemak minat dan sikap 7,800 responden kumpulan sasaran terpilih di 41 buah negara.

Uniknya, bagi data tabiat membeli buku secara dalam talian, Malaysia berada di senarai keenam paling aktif dalam kalangan 41 negara yang dikaji.

Walaupun begitu, malangnya 22 peratus (5.5 juta) penduduk dewasa di negara ini langsung tidak berminat walaupun untuk membeli sebuah buku setahun.

Kajian Picodi.com juga menemukan data 76 peratus (18 juta) rakyat Malaysia membeli sebuah buku setahun.

Manusia membanjiri WTC

Menelusuri lautan manusia ketika menjejak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL) pada Khamis 9 Jun, menampakkan betapa rakyat Malaysia masih berminat dengan buku secara fizikal, walaupun buku berbentuk digital (e-book) telah berlambak.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir memenuhi World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) memeriahkan dunia buku yang telah dua tahun ‘disepikan’ berikutan pandemik yang melanda.

Tidak kira muda atau tua, pelbagai bangsa juga dapat dilihat di sini. Berjenis-jenis genre dapat ditemukan di reruai-reruai yang dipamerkan.

Menyentuh kajian yang dilakukan pada 2021, rakyat Malaysia meluangkan masa untuk membaca tidak lebih tiga jam seminggu berbanding rakyat India yang mencatatkan angka tertinggi iaitu melebihi 10 jam dalam tempoh yang sama.

“Seterusnya, ia diikuti rakyat Thailand dan China yang rata-rata membaca selama lapan hingga sembilan jam dalam tempoh yang sama,” sebagaimana statistik terbaharu yang dikeluarkan World Culture Score Index.

Namun kajian profil membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2005 pula mendapati rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku setahun.

“Akan tetapi angka itu meningkat kepada 15 naskhah pada 2014 berdasarkan laporan kajian interim tabiat membaca rakyat Malaysia, namun  ia masih lagi rendah berbanding 40 judul buku setahun di negara-negara maju.”

Menurut kajian itu, jenis buku yang paling popular dalam kalangan pembaca Malaysia adalah berbentuk fiksyen (76 peratus),  hobi dan minat (53 peratus), bukan fiksyen (36 peratus), perniagaan (18 peratus), ulasan saintifik dan buku teks (18 peratus) serta sains popular sebanyak 15 peratus.

Ketika berkesempatan bertanya kepada beberapa pempamer, kebanyakannya berpuas hati kerana dapat bersama menganjurkan PBAKL kali ini setelah dua tahun tidak dapat dilaksanakan.

Peti Buku Gergasi

Apa yang menariknya dalam pesta buku kali ini ialah kewujudan Peti Gergasi Sumbangan Buku. Ini adalah cadangan yang dikemukakan kepada urus setia PBAKL 2022 di Facebook oleh saudari Rabiah Adawyah.

Dalam masa yang singkat, PBAKL merealisasikan cadangan tersebut kerana merasakan keperluan untuk menyumbang buku kepada perpustakaan sekolah-sekolah yang memerlukan.

Ia diletakkan di tempat yang strategik laluan orang iaitu di tepi reruai Farm Fresh berhampiran pentas utama, agar mereka yang melihatnya sedia menyumbangkan buku.

“Setiap malam, kami akan menyusun semua buku yang diderma untuk memastikan agar tiada buku yang rosak. Setakat ini, semua buku masih elok dan jumlahnya sangat memberangsangkan,” kata urus setia PBAKL.

PBAKL turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan pendapat dan cadangan penambahbaikan pada kotak ‘Peti Gergasi Sumbangan Buku’ ini.

Ukuran Kejayaan PBAKL?

Menurut Sekretariat Ibu Kota Buku Dunia Kuala Lumpur (KLWBC), Haji Ishak Hamzah menerusi  statusnya tentang PBAKL 2022: Berapakah Jangkaan Pengunjung?

“Apakah ukuran kejayaan PBAKL?  Bagi pempamer, PBAKL berjaya jika mereka mendapat jualan mencapai sasaran. Untuk mendapat jualan yang tinggi, PBAKL perlu kehadiran pengunjung yang tinggi.

Beliau berkata, PBAKL pernah mencapai kunjungan seramai 2.2 juta orang pada tahun 2008.

Selepas 2008, jumlah pengunjung PBAKL adalah antara 1.5 juta ke 2 juta orang.  Lima tahun terakhir sehingga 2019, jumlah kunjungan adalah antara 1.2 juta sehingga 1.5 juta orang.

“Sifir mudahnya PBAKL memerlukan sekurang-kurangnya 700,000 pengunjung. Ya, kita boleh buat analogi lain.

Menurutnya, mungkin jumlah pengunjung yang lebih tinggi dengan belanja pengunjung yang lebih rendah.

“Juga kehadiran yang lebih rendah dengan belanja yang lebih tinggi.  Dengan melihat angka kunjungan PBAKL yang lepas, angka sasaran 700,000 adalah wajar berbanding kunjungan PBAKL yang lalu paling rendah adalah 1.2 juta orang.”

Beliau berkata, jika kos reruai adalah RM3,500, sifir mudahnya adalah darab 10 menjadi RM35,000 untuk jualan kasar.  Dalam jualan kasar ini ada kos reruai, kos pengurusan juga kos buku. 

“Andaikan purata belian seorang pengunjung adalah RM30. Jumlah jualan PBAKL adalah:

Jika 630,000 pengunjung = RM 18,900,000. RM18,900,000 /600 reruai = RM31,500. Ini bermakna dengan jumlah kehadiran seramai 630,000 pengunjung, tidak dapat mencapai sasaran pempamer.”

Maka, berapa sasaran yang wajar? 600 reruai x RM35,000 sasaran = RM21,000,000. Untuk mendapat amaun ini dengan anggaran setiap pengunjung berbelanja purata RM30, jumlah sasaran pengunjung adalah RM21,000,000/RM30 = 700,000 orang.

Ishak Hamzah telah mempengerusikan PBAKL dari tahun 2014 hingga 2019, seterusnya, mengetuai Jawatan Promosi dari tahun 2005 hingga 2008.

Pertemuan Penulis, Pembaca

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di WTCKL sehingga 12 Jun 2022, Ahad ini, ada 1 juta buku untuk dipilih!

Tentunya tiada apa yang menarik melainkan diskaun yang terbaik untuk para pembeli.  Selain itu, PBAKL ini menjadi lapangan atau ruang pertemuan antara penulis dengan pembaca.

Untuk melihat acara pentas utama PBAKL, acara Pentas Rehat & Baca dan di beberapa reruai lain, silakan berkunjung ke https://klibf.my/v2/

Dapatkan aktiviti penulis yang anda suka. Selain itu, kunjungilah reruai untuk mencari buku-buku yang anda ingin dapatkan.

Selamat menjelajah #PBAKL2022 tinggal dua hari saja lagi!

Foto: FB PBAKL

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia