Perubahan Terkini Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM 2022

Perubahan Terkini Ahli Jawatan Kuasa Pusat IKRAM 2022

SERI KEMBANGAN – Terdapat dua perubahan keahlian Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, JKP IKRAM telah meluluskan peletakan jawatan Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan sebagai Timbalan Presiden IKRAM.

Kelulusan itu telah disahkan oleh Dewan Perwakilan Nasional (DPN) Khas pada Sabtu, 15 Oktober lalu. berdasarkan peruntukan Fasal 18.3 Perlembagaan IKRAM.

“IKRAM menghormati keputusan Dato’ Dr Hassan Basri untuk melepaskan jawatannya dalam IKRAM dan terlibat aktif dalam medan lain,” kata Shahrul Aman.

Selain itu, tambah beliau, Presiden juga telah melantik Dr Maznah Ahmad sebagai seorang Ahli JKP yang memegang portfolio kebajikan.

“IKRAM percaya dengan latar belakang, pengalaman dan kredibiliti yang dimilikinya, beliau mampu menggalas amanah yang diberikan dengan baik,” ujarnya.

Pelantikan Dr Maznah menjadikan pasukan JKP IKRAM terdiri daripada 20 Ahli.

Dengan pelantikan ini, beliau mengharapkan agar gerak kerja IKRAM bertambah cemerlang bagi menjayakan visi dan misinya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia