Pertandingan Boling Erat Ukhuwah Kakitangan, JKP IKRAM

PUTRAJAYA – Badan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) dengan kerjasama Jabatan Pentadbiran Ibu Pejabat (JPIP) IKRAM telah menganjurkan Pertandingan Boling bagi kakitangan dan Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM.

Perlawanan yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin, 24 Jun lalu bukan sekadar aktiviti rekreasi, tetapi merupakan kaedah strategik dalam mewujudkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan.

Menurut Yang Dipertua BAKIM, Mohd Shukur Zawawi, aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan yang harmoni antara tuntutan kerjaya dan keperluan kehidupan peribadi yang sihat.

“Ini merupakan usaha untuk memastikan warga kerja dapat menguruskan tekanan kerja sambil menikmati kualiti hidup yang baik.”

Dalam pertandingan yang disertai lebih 30 kakitangan dan JKP IKRAM, kumpulan yang diketuai Ahli JKP Hj Azman Abd Rashid bersama kakitangan Anas Kamarul Baharin, Khairul Naim Khairul Anuar dan Nasir Tampol dinobat sebagai juara pertandingan.

Setiap kumpulan menerima hadiah hamper sagu hati yang disampaikan oleh Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari. Tiga kumpulan terbaik yang memenangi pertandingan turut menerima hadiah e-dompet.

Ahli kumpulan pemenang pertama, Anas menyatakan kesyukurannya kerana dapat menyertai perlawanan persahabatan ini yang memberi peluang kepada staf untuk mengeratkan ukhuwah di luar suasana pejabat yang formal.

“Kami dapat berinteraksi dalam suasana yang santai, membolehkan kami mengenali personaliti sebenar rakan sekerja,” ujar beliau.

Anas juga menyatakan bahawa keadaan ini mewujudkan rasa kebersamaan dan semangat berpasukan yang akan terbawa-bawa ke dalam persekitaran kerja.

Bagi Hanifah Zakirah, yang merupakan ahli kumpulan pemenang kedua, inisiatif seperti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga penting dalam membina budaya kerja yang positif dan produktif.

Beliau berkata, aktiviti sukan sebegini dapat menaikkan semangat pasukan dan kerjasama dengan rakan-rakan sekerja.

“Ini membantu membina hubungan yang lebih peribadi dan bermakna antara kakitangan,” jelasnya

Tahniah kepada semua pemenang dan para peserta yang menjayakan program boling ini! Semoga acara sebegini terus dianjurkan untuk memperkukuhkan hubungan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja Ibu Pejabat IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia